SHAH RUKH KHAN
|
FILEM terakhirnya yang berjudul Jab Tak Hai Jaan masih ditayangkan namun aktor Shah Rukh Khan khabarnya kembali sibuk dengan penggambaran filem terbaharunya, Chennai Express.
Filem arahan Rohit Shetty itu turut dibintangi oleh Deepika Padukone. Terdahulu hero filem Baadshah itu dikatakan berada di Goa dan kini dia terbang pula ke Jakarta, Indonesia untuk penggambaran filem tersebut.
Selain itu, dia turut terlibat dalam sebuah persembahan yang dinamakan Temptation Reloaded bersama tiga lagi nama besar iaitu Bipasha Basu, Preity Zinta dan Rani Mukerji.
Kesibukan aktor tersebut terbukti apabila dia dikatakan terus menjalani raptai dan sidang akhbar sebaik sahaja tiba di Jakarta.
Filem yang menggandingkan SRK dan Deepika itu dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan kerana peminatnya tidak sabar untuk menonton gandingan mantap kedua-dua pelakon tersebut. Chennai Express dijangka menemui peminat di pawagam awal tahun hadapan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1216&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_09.htm#ixzz2FEI9XNGrHakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment