Sunday, December 16, 2012

Chris Martin Nyaris Bakar Rumah Sendiri


Chris Martin.
VOKALIS kumpulan Coldplay, Chris Martin hampir membakar rumahnya sendiri beberapa kali gara-gara cuba memasak di dapur.
Seperti dilaporkan oleh NME, isterinya Gwyneth Paltrow memberitahu dia sentiasa dalam keadaan sedia untuk mendail pihak bomba setiap kali suaminya itu cuba memasak.
Paltrow memberitahu kejadian rumah mereka hampir terbakar terjadi sebanyak dua kali sebelum ini.
"Dua kali dia cuba memasak dan dapur hampir terbakar sehingga menyebabkan pasukan pemadam api datang ke rumah kami," ujarnya.
Gara-gara kejadian tersebut, Paltrow berkata, rumah mereka yang terletak di London telah dilengkapi dengan alat pemadam api kerana bimbang ia akan terjadi sekali lagi.
@mstar.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...