Anuar Zain sudah bersiap sedia untuk meraikan ulang tahunnya selama 30 tahun dalam industri muzik Malaysia melalui konsert mega pertama beliau di Stadium Putra, Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari
Anuar berkata hari ini, bahawa dia amat teruja dengan sambutan peminat kepada muzik video ‘Ajari Aku’ yang diterima melalui saluran rasmi Youtube Anuar, yang kini telah pun mencapai lebih dari 93,000 hits. Dan, ditambah pula dengan berita bahawa single ‘Ajari Aku’ juga telah memasuki carta radio tempatan.
“Ramai yang bertanya tentang apa yang akan berlaku seterusnya, dengan itu kami telah memutuskan untuk menayangkan sambungan muzik video tersebut melalui lagu ‘Sempurnakan Aku’ buat pertama kali di konsert Tiga Dekat Muzik, Cinta dan Sanubari. Ia adalah hasrat saya untuk melangsungkan tayangkan perdana video muzik ini sebagai hadiah khas untuk semua peminat saya yang akan bersama-sama dengan saya pada malam itu”, Tambah Anuar
Berita yang semestinya akan menarik perhatian peminat Anuar Zain yang berada di luar Kuala Lumpur. Pihak Anuar Zain Network juga mengumumkan sebuah kerjasama dengan agensi pelancongan di mana satu pakej perjalanan eksklusif untuk peminat-peminat Anuar dari Kota Bharu, Jertah, Kuala Terengganu, Johor Bahru dan Singapura. Pakej ini dinamakan 3Dekat1Destinasi.
Tiket Konsert Anuar Zain Tiga Dekad Muzik, Cinta & sanubari berharga antara RM88 dan RM698, dimana jualan tiket akan bermula pada 12:00 tgh, pada 12 Disember 2012 melalui laman TiketCharge (www.ticketcharge.com.my) dan cawangan rasminya
Diskaun khas awal sebanyak 15% akan ditawarkan kepada 1,000 pembeli pertama, antara 12 hingga 19 Disember. Bagi jualan tiket pukal, sila hubungi Anuar Zain Network di 0124642030
Anuar juga mengesahkan bahawa tiada rancagan pada masa ini untuk mengadakan konsert di Singapura seperti yang dilaporkan. “Yang penting bagi saya sekarang ialah untuk berkongsi perjalanan muzikal saya dengan semua di Stadium Putra, dan berharap agar konsert ini akan menjadi sesuatu yang istimewa untuk semua yang hadir pada malam 16 Februari nanti “
@buahmulut.com
No comments:
Post a Comment