Sunday, December 16, 2012

Shaheizy Sam & Siti Saleha Teraju Utama MAMAK CUPCAKE


Sebuah Majlis Sidang Media Filem Mamak Cupcake telahpun berlangsung di House Restaurant di e@Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini.

Mamak Cupcake
Majlis ini diadakan bersempena dengan tamatnya sesi penggambaran filem tersebut yang memakan masa selama 30 hari di sekitar Lembah Klang. Filem ini merupakan filem kedua terbitan Grand Brilliance bersama pengarah berkaliber Woo Ming Jin selepas KL Zombi. Idea filem Mamak Cupcake ini datangnya daripada penulis skrip yang juga seorang hos MHI iaitu MZul.
“Kami tertarik dengan skripnya yang begitu bersahaja ditambah dengan pelakon – pelakon yang cukup hebat. Kami harap filem ini akan memberi kelainan kepada filem bergenre komedi tanahair,” kata Tengku Iesta Tengku Alaudin selaku Pengurus Besar Grand Brilliance.

Mamak Cupcake
Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran rakan – rakan media dan barisan krew dan pelakon – pelakon filem Mamak Cupcake seperti Shaheizy Sam, Siti Saleha, Faizal Hot FM, Maria Farida, Azad Jazmin, Natasha Hudson, Accapan, Kathy Fauziah dan penampilan khas Adibah Noor dan Chef Ismail.
Filem ini berkisar tentang seorang anak jati Penang berketurunan Mamak iaitu MJ (Shaheizy Sam) yang mempunyai konflik minat dan matlamat hidup yang sangat berbeza di mana MJ amat meminati pembuatan kek cawan atau cupcake. Malangnya, hasrat beliau terhalang kerana terpaksa bertarung hasrat bapanya yang menginginkan beliau untuk mewarisi perniagaan tradisi keluarganya. MJ hampir berputus asa sehinggalah beliau berjumpa dengan seorang gadis iaitu Juliana (Siti Saleha) yang mengembalikan semangat beliau.
Jadi, yang mana satukah pilihan MJ? Adakah MJ akan terus meneruskan perjuangan beliau demi minat ataupun meneruskan tradisi turun temurun perniagaan keluarganya? Nantikan kesudahan filem Mamak Cupcake yang bakal menemui anda tidak lama lagi.
@buahmulut.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...