Sunday, October 30, 2011

Kilafairy Mahu Dikenali Sebagai Penyanyi

Kilafairy Mahu Dikenali Sebagai Penyanyi

Pendatang baru, Kilafairy atau nama sebenarnya Shakila Nisha Jahangir Khan, 19, akui dia bukan sahaja mahu dikenali sebagai pelakon malah penyanyi di dalam industri seni hiburan tanah air.

Malah, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini memberitahu nyanyian adalah bidang yang diceburinya lebih awal sebelum berlakon secara serius.

"Saya tahu, ramai yang tak tahu sebenarnya saya sudah menceburi bidang nyanyian sejak kecil. Sebenarnya sebelum ini saya selalu dipanggil untuk mengadakan persembahan nyanyian hanya untuk majlis tertutup sahaja.
"Cuma saya belum menceburi bidang nyanyian secara praktikal. Jadi orang tak nampak dan kenal saya sebagai penyanyi.

"Berbeza dengan bidang lakonan, saya baru sahaja menceburinya tak sampai dua tahun yang lalu, tetapi orang sudah mula mengenali saya kerana wajah saya muncul di media dan kaca TV,"kata Kilafairy ketika dihubungi murai.com.my

Biarpun begitu, pelakon filem Karak ini akui gembira apabila buat pertama kalinya diberi peluang untuk menyanyikan lagu (OST) Roman untuk drama bersiri Tihani yang sudah bersiaran di TV9 sejak 10 Oktober lalu.
"Bukan saya tidak pernah menerima tawaran untuk merakamkan lagu sebelum ini, tetapi lagu yang diberikan oleh Amylea benar-benar buat saya terpikat untuk menyanyikannya.

"Saya tidak berfikir panjang walaupaun terpaksa melakukannya di saat-saat akhir. Saya mula rekod lagu ini pada awal bulan Oktober dan kami berjaya merakamkan lagu serta melakukan pengambaran muzik video dalam hanya seminggu sahaja," jelasnya lagi.

Bukan mahu membuktikan kebolehannya dalam nyanyian, tetapi Kilafairy berkata menyanyikan lagu Roman adalah sekadar untuk kepuasan dirinya sebagai seorang penyanyi.

"Yelah sebelum ini, saya hanya menyanyikan lagu orang sahaja bila mengadakan persembahan di majlis-majlis tertutup. Tapi kini saya gembira apabila mempunyai lagu sendiri.

"Terus-terang saya mahu dikenali dengan bakat yang saya ada bukan untuk membawa cerita-cerita kontroversi dalam karier saya. Namun saya sedia terima segala komen yang membina," tambahnya.

Selepas bekerjasama dengan penyanyi dan komposer, Amylea atau nama sebenarnya Amylea Aizizan, Kilafairy akui begitu senang untuk bekerjasama dengannya lagi untuk menghasilkan single pertamanya pula.

"Terus-terang saya senang bekerja dengan Amylea. Saya nampak keserasian antara kami. Jadi saya pun dah bersetuju untuk menghasilkan single pertama saya bersamanya. Saya akan usahakan single ini dahulu sebelum keluar dengan sebuah album penuh, InsyaAllah," katanya.

@murai.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...