Departure Lounge
Jika anda inginkan makanan barat sebagai juadah sarapan pagi anda, salah satu tempat yang paling sesuai untuk anda cuba adalah di Departure Lounge. Terletak di tengah-tengah Damansara Uptown, ianya menjadi tumpuan para pekerja untuk singgah dan makan di sana ketika makan tengah hari. Jika anda bercadang untuk singgah di Departure Lounge, anda haruslah mengelakkan diri daripada singgah di sini pada waktu makan tengah hari kerana tempat meletak kenderaan akan menjadi masalah utama bagi anda yang memandu.
Untuk pengetahuan anda, “American Breakfast” telah menjadi salah satu trend para pekerja di Damasara Uptown bukan sahaja kerana keunikkan nya yang tersendiri tetapi juga kerana kuantiti yang disediakan amatlah berbaloi. Caranya yang mudah disediakan sedikit sebanyak dapat mengurangkan masa menunggu anda, di mana anda perlu lah ke kaunter untuk membuat pilihan makanan yang diingini dan kemudian membayarnya. Minuman juga harus ditunggu di kaunter, kemudian barulah anda boleh memilih tempat duduk untuk anda nikmati juadah anda. Makanan yang telah anda pilih akan dihidangkan selepas beberapa minit.
Berkonsepkan English Café, ianya sangat sesuai untuk pelanggan yang ingin merasai keenakkan makanan barat yang disediakan oleh beberapa tukang masak yang telah di bawa khas dari luar nergara. Jika anda tidak tahu bagaimana harus anda gunakan masa anda, anda boleh lah luangkan sedikit masa anda, datang ke sini, dan cubalah kopi yang di bawa khas daripada luar negara yang disedikan di restauran ini. Pelanggan boleh memilih untuk menikmati hidangan di dalam restauran berhawa dingin atau pun di luar restauran di mana ianya sesuai untuk para pelanggan yang ingin merokok.
Para pelanggan yang ingin memilih makanan, disini hanya layan diri disediakan di mana para pelanggan harus mengambil sehelai kertas pilihan sarapan yang telah disediakan di kaunter. Terdapat beberpa pilihan makanan telah tertulis diatas kertas tersebut, jadi pelanggan hanya perlu membuat pilihan dan tandakan pada ruangan yang berkenaan. Para pelanggan yang masih belum biasa dengan “American Breakfast”, mereka boleh memilih set pilihan yang telah disediakan oleh restauran ini, iaitu dari serendah RM4.90 sehinggalah RM14.90. Selain itu, di Departure Lounge juga turut disediakan “Do it my way breakfast platter” di mana para pelanggan boleh memilih menu mereka sendiri sebagai juadah. Harganya bermula dari RM8.90 (3 jenis), RM11.90 (5 jenis), RM13.90 (7 jenis).
Ini adalah pilihan pertama bagi “Do it my way breakfast platter” RM13.90 (7 jenis). Set ini terdiri daripada sosej ayam, turkey ham, beef bacon, hash brown, fish fingger, telur hancur dan turkey bacon. Set ini bukan sahaja boleh dimakan untuk sarapan pagi malah boleh juga untuk dimakan pada waktu makan tengah hari. Saiznya yang sangat besar dan kuantitinya yang agak banyak, amat sesuai dengan harganya yang berpatutan.
Ini adalah pilihan kedua bagi “Do it my way breakfast platter” berharga RM13.90 (7 jenis). Set ini terdiri daripada turkey ham, beef bacon, turkey bacon, baked beans, cendawan, pancake dan telur hancur.
Roti Bawang Putih yang disajikan juga harganya turut berpatutan. RM5 bagi 1 set. Rotinya yang rangup di luar dan lembut didalam sangat sesuai untuk dimakan ketika minum petang ataupun sewaktu sedang minum kopi. Rasa dan bau bawang putih yang sangat harum dapat dihidu daripada roti bawang tersebut.
Pink Guava T-Cooler harganya ialah RM8 dan 100% Jus Oren asli pula hanya berharga RM8.50. Jus yang disediakan di Departure Lounge ini adalah dikisar dari buah asal, segar dan asli. Ianya tidak ditambah dengan sebarang penambah rasa ataupun bahan tiruan. Air mineral disediakan secara percuma bagi pelanggan yang menginginkannya.
Salah satu daya tarikan yang terdapat di sini ialah mereka menyediakan berbagai bagai pilhan sos yang menarik. Sos yang disediakan di sini semuanya berkualiti tinggi dan sesuai untuk dijadikkan penambah rasa. Salah satu sos yang menjadi pilihan ramai adalah SOS HP BBQ dan Sos HEINZ.
@santapanistimewa.my
Kafe Sepoi2 Golden Palm Tree
Kafe Sepoi – sepoi Golden Palm Tree adalah salah satu dari antara ribuan restauran yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan sebuah restauran yang terletak di sebuah kawasan yang dipanggil Kampung Bagan Lalang, Perak. Restauran ini sebenarnya terletak berhampiran dengan Hotel Golden Palm Tree yang mana kedua-duanya merupakan dua perkhidmatan yang berkerja di bawah satu nama iaitu Golden Palm Tree.
Kampung Bagan Lalang sebenarnya amat terkenal dengan makanan laut yang segar tapi tidak bagi Kafe Golden Palm Tree ini di mana makanan yang berkonsepkan Cina – Malaysia dihidangkan. Ruang di dalam restauran Kafe Sepoi – Sepoi Golden Palm Tree ini tidaklah sebesar mana, dan tidaklah pula sekecil mana, namun begitu ruang makan yang disediakan ini sudah cukup untuk buat kita rasa selesa menjamu selera di sini. Walaupun restauran Kafe Sepoi – Sepoi Golden Palm Tree ini bertemakan makanan Malaysia – Cina, mereka bukan setakat menyediakan makanan bertemakan Malaysia – Cina sahaja, malah mereka turut menyediakan beberapa makanan lain seperti aneka jenis bancuhan kopi, sandwich, dan juga beraneka mee serta snek snek turut disediakan.
Ini adalah permandangan dari dalam restauran ini. Restauran ini kelihatan agak sotisfikated kerana ia sebenarnya adalah restauran bagi hotel bertaraf lima bintang. Jadi tidak hairanlah, jika permandangan dan lampu yang menerangkan sekitar restauran ini tampak mewah.
Inilah dia bahagian dalam kawasan restaurant ini di waktu siang, tidak banyak tempat duduk yang disediakn di restaurant ini, mungkin juga kerana mereka ingin menjaga privasi pelanggan pelanggan mereka yang menjamu selera di sini.
Perkataan Sepoi – Sepoi yang terdpat pada nama restaurant ini sendiri sebenarnya sudah buat anda dapat mengagak bahawa restauran ini terletak di tepi pantai bukan? Ya, ianya adalah restauran yang berlatarbelakangkan permandangan pantai disulami dengan angin yang bertiup sepoi – sepoi bahasa, amat tenang dan nyaman. Jadi anda dan rakan atau keluarga bukan sahaja dapat menjamu selera, tapi sebenarnya sekaligus dapat menikmati pemandangan indah di sini. Anda boleh memilih untuk menikmati juadah anda di bahagian luar restaurant mahupun di bahagian dalam restauran.
Salah satu makanan yang amat popular dalam kalangan Melayu ada terdapat di restauran ini iaitu Nasi Lemak Golden Palm Tree. Nasi Lemak ini nampak biasa, lauknya terdiri daripada ayam rendang, sambal kerang dan telur goreng. Sebenarnya ramai yang memuji Nasi Lemak Golden Palm Tree ini agak sedap berbanding nasi lemak biasa tapi mungkin anda perlu mencuba Nasi Ayam Kukus Hainan, kerana mungkin yang ini lagi sedap? =)
Bagi Nasi Ayam Kukus Hainan, saiz ayam yang disediakan sebenarnya lebih besar sedikit berbanding ayam yang biasa kita lihat di gerai gerai nasi ayam yang lain. Harganya juga agak mahal sedikit berbanding nasi ayam biasa. Mungkin kerana kuantiti nasi dan saiz ayamnya yang lebih besar daripada nasi ayam biasa, buatkan harganya agak mahal sedikit? Atau mungkin juga kerana ianya disediakan di hotel 5 bintang? Tapi anda mungkin akan suka dengan cili dan ayam kukus yang disediakan di sini kerana ianya mempunyai rasanya yang tersendiri.
Ini adalah Ayam Claypot. Ianya disediakan di dalam bekas tembaga yang dipanggil claypot. Ayam yang terdapat di dalam makanan ini sebenarnya telah dicampur dengan kicap, yang tidaklah terlalu masin rasa nya. Yang bagusnya tentang hidangan ini ialah, makanan ini masih panasketika dihidangkan kepada para pelanggan, munkin kerana ia disediakan didalam claypot yang senang menyerap haba?
Inilah dia Kuey Tiow Kafe Sepoi -Sepoi Golden Palm Tree. Anda diberi pilihan untuk memilih sama ada mahukan Kuey Teow yang biasa rasanya ataupun Kuey Teow yang pedas rasanya. Pilihan dibuat atas dasar pilihan pelanggan. Jika Kuey Teow yang anda inginkan adalah pedas, mereka akan menyediakan Kuey Teow yang sememangnya sangat pedas untuk anda.
Ini adalah ayam goreng khas di restaurant ini. Ayam Goreng Golden Palm Tree ini sebenarnya rangup luarannya. Bukan sahaja rangup di luaran, dalamannya pula sangat lembut, dan rasanya lebih enak jika dimakan ketika masih panas. Anda pasti sukakannya. Ayam goring ini juga boleh dimakan dengan nasi ataupun boleh dimakan begitu sahaja juga terpulang atas pilihan pelanggan.
Ini pula ada dua jenis air jus yang terdapat di restaurant ini iaitu Air Jus Laici dan Air Jus Guava. Harganya lebih kurang sama sahaja bagi kedua-duanya. Bagi yang mahukan kelainan, anda perlu mencuba Air Jus Guava ini , kerana air jus ini sukar didapati di restauran lain dan rasanya agak manis sedikit tetapi sedap.
@santapanistimewa.my
asampedaz; TERBAEK!!! hik..
asampedaz; TERBAEK!!! hik..
No comments:
Post a Comment