Sunday, October 30, 2011

Rahsia Skaf dan Mikrofon Boxing Awi Rafael

Rahsia Skaf dan Mikrofon Boxing Awi Rafael

Penyanyi Awi Rafael, akui menggunakan mikrofon boxing yang diikatkan bersama skaf setiap kali mengadakan persembahan di atas pentas adalah imej dan identitinya.

Malah Awi Rafael berkata, imej tersebut akan dikekalkan supaya dirinya lebih dikenali dengan stail tersendiri.
"Saya rasa setiap artis ada stail tersendiri kerana itu yang membuatkan kita berbeza daripada orang lain. Kiranya inilah gaya saya. Lagipun saya memang suka gayakan diri dengan skaf dan jeket kulit.

"Boxing mike dan skaf ini memang penampilan saya sekarang setiap kali mengadakan show. Jadi saya pun ada lebih kurang 25 koleksi skaf di rumah dan sudah mula mengumpulnya untuk disesuaikan ketika show yang berbeza-beza," katanya yang ditemui selepas selesai mengadakan persembahan di pelancaran album Coldplay, Mylo Xyloto di Hard Rock Café , baru-baru ini.

Menurut Awi Rafael lagi dia baru sahaja menggunakan mikrofon boxing itu setelah ditaja oleh syarikat Sineflux.
"Sebenarnya mikrofon ini merupakan tajaan daripada Sineflux iaitu satu brand dari Korea. Mereka berbesar hati hendak menaja keperluan yang saya perlukan. Tapi buat masa ni, saya hanya menggunakan mikrofon dan speaker daripada mereka.

"Lagipun, saya lebih selesa menggunakan mikrofon sendiri kerana saya lebih yakini kebersihannya. Ini penting demi menjaga kebersihan peribadi saya sendiri," tambahnya yang telah menggunakan mikrofon boxing dan skaf merah ketika menyampaikan lagu Coldplay berjudul Yellow dan The Scientist.

Awi meruapakan salah seorang penyanyi yang membuat persembahan ketika majlis pelancaran album terbaru Coldplay, Mylo Xyloto di Malaysia. Malah dia akui muzik Coldplay banyak memberi inspirasi kepada kerjayanya sebagai komposer dan penyanyi.

"Lagu-lagu saya tidak terlepas daripada kisah cinta, begitu juga dengan lagu-lagu Coldplay. Namun saya mula terpikat dengan cara penulisan lagu Coldplay sejak dulu lagi. Biarpun lagu-lagu mereka mengisahkan pasangan berkasih, tetapi tajuk lagu mereka agak unik dan saya suka," jelasnya lagi.

Selain Awi Rafael, majlis pelancaran tersebut turut menampilkan ramai penyanyi-penyanyi lain dibawah naungan Warner Music Malaysia yang mempeersembahakan lagu-lagu popular Coldplay, antaranya adalah kumpulan Taxi, Awanband dan DJ Fuzz.

@murai.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...