Wednesday, October 19, 2011

Hubungan Cinta Yuni Shara, Raffi Ahmad Sudah Kandas?

Hubungan Cinta Yuni Shara, Raffi Ahmad Sudah Kandas?
Saat ini ada khabar angin yang mengatakan bahawa hubungan cinta di antara presenter Dahsyat, Raffi Ahmad dengan penyanyi Yuni Shara sudah pun kandas.

Namun begitu, hal itu telah pun dinafikan oleh adik Yuni Shara, Krisdayanti yang baru saja melahirkan anak perempuan ketiga selepas didapati hamil beberapa bulan sebelum berkahwin dengan Raul Lemos.

Kata Krisdayanti, dia terkejut apabila mendapat tahu tentang khabar angin tersebut.

"Untuk pengetahuan semua, berita itu sama sekali tidak benar. Malah, hubungan mereka masih lagi hangat seperti dulu," katanya.

Begitupun, dia tidak hairan apabila segelintir pihak tidak bertanggungjawab telah menyebarkan khabar angin sedemikian.

"Mungkin khabar angin ini tercetus kerana mereka (Raffi Ahmad dan Yuni Shara) sudah jarang dilihat bersama). Tapi, semua itu cuma gosip," katanya.



@murai.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...