HARGREAVES (kanan) menuduh pegawai perubatan di Old Trafford sebagai kurang kemahiran.
LONDON - "Kenyataan Owen Hargrea- ves mengarut."
Demikian respons pengurus Manchester United, Alex Ferguson terhadap kenyataan bekas pemain The Red Devils itu terhadap kakitangan perubatan United.
Hargreaves yang kini menyertai Manchester City juga dituduh mengeluarkan kenyataan tidak berasas oleh United terhadap bentuk layanan yang diberikan kepadanya sepanjang menjalani rawatan di Old Trafford.
Akhbar SunSport kelmarin melaporkan bahawa Hargreaves merasakan dia seolah-olah dipermainkan sepanjang tiga tahun dia menjalani rawatan terhadap kecederaan lututnya dan apa yang diterimanya hanyalah suntikan.
United yang mempertahankan kredibi- liti kakitangan perubatannya kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan bekas pemainnya itu.
Menurut Ferguson: "Saya mempunyai kakitangan perubatan yang cukup terlatih. Adakah kamu akan terfikir bahawa Ferguson mempunyai kakitangan yang kurang profesional.
"Adakah kamu akan fikirkan saya akan mengambil kakitangan yang kurang mahir? Sudah pasti tidak!"
Menurut Ferguson, kakitangan di Old Trafford adalah yang terbaik dan telah terbukti bahawa kemahiran mereka telah banyak membawa kejayaan kepada skuad kendaliannya itu.
"Pakar perubatan dan doktor yang kami miliki cukup fantastik," kata Fergu- son yang mengakui kecewa dengan kenya- taan bekas pemainnya itu. - Agensi
No comments:
Post a Comment