Sunday, September 25, 2011

Kecederaan paksa Zaira bersara awal



ZAIRA terpaksa mengambil keputusan bersara gara-gara kecederaan.

USIANYA masih muda tetapi kudrat serta tenaga yang dimiliki atlet berusia 24 tahun ini tidak lagi mampu dijadi- kan aset untuk mencipta kegemilangan dalam sukan angkat berat.
Namun begitu, bagi ratu angkat berat negara, Zaira Zakaria, dia sudah cukup berpuas hati dengan sumbangannya sepanjang bergelar atlet negara.
Anak jati Kedah itu memberikan ba- yangan akan mengakhiri kariernya sekiranya kecederaan di bahunya terus berpanjangan.
Zaira mengambil keputusan itu sete- lah mengalami empat koyakan di bahu kirinya. Dia kini sedang menunggu untuk pembedahan yang dijadualkan Selasa depan.
Zairan pernah menyumbangkan pingat gangsa menerusi acara 48 kilogram clean & jerk pada Sukan SEA 2009 di Laos.
Dia juga hampir meraih gangsa dalam acara yang sama pada Sukan Komanwel di India tahun lalu, namun terlepas pingat tersebut kepada atlet tuan rumah berikutan masalah tekni- kal.
"Saya akui agak berat hati untuk bersara dalam sukan angkat berat ini tetapi kecederaan bahu saya telah memaksa saya bersara lebih awal.
"Bukannya saya tidak ingin mewakili negara tetapi kecederaan yang saya alami menghalang saya untuk terus aktif.
"Selepas pembedahan pada 27 September ini, saya juga terpaksa berehat selama lima bulan untuk pulih sepe- nuhnya, namun untuk kembali ke prestasi sebenar ketika itu, memang amat sukar.
"Walaupun kini saya tidak akan lagi beraksi dalam sukan angkat berat (sekiranya gagal pulih) tetapi saya tetap berbangga kerana pernah mengharumkan nama negara di persada anta- rabangsa.
"Kini tugas itu diserahkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang akan mewakili negara ke Sukan SEA Jakarta penghujung tahun ini," katanya.
Jelasnya, salah satu faktor lain dia mengambil keputusan itu ialah kerana merasakan usianya sudah tidak sesuai untuk aktif dalam sukan tersebut.
Baginya, pihak persatuan mempunyai ramai pelapis yang lebih baik dan dijangka mampu menggalas tugas untuk terus memartabatkan sukan itu, terutamanya kategori wanita.
"Sekarang ini saya sentiasa mendoa- kan kejayaan atlet angkat berat negara dalam memburu pingat emas di Sukan SEA nanti terutama bagi kategori wanita yang dilihat mempunyai potensi," ujarnya.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...