KUARTET wanita terdiri daripada (dari kiri) Nurul sarah, Siti Fatimah, Nurjannah dan Siti Zubaidah dilihat mempunyai potensi untuk melakar lebih banyak kejayaan.
IMPIAN bagi menyaksikan kuartet 4x100 meter wanita negara menyumbang kilauan pingat buat kontinjen Malaysia pada tema- sya Sukan SEA 2011 di Indonesia, November depan kini hanya tinggal kenangan.
Ia gara-gara kelewatan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) membuat keputusan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kuartet yang terdiri daripada Siti Fatimah Mohammad, Siti Zubaidah Adabi, Yee Yi Ling, Norjannah Hafiszah Jamaluddin dan Nurul Sarah Abdul Kadir itu.
Akibatnya, mereka menjadi mangsa keadaan apabila peluang untuk melayakkan diri ke temasya dwitahunan itu kini sudah pun tertutup memandangkan hari ini adalah hari terakhir untuk berbuat demikian.
Ketika mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bulan lalu, KOAM telah bersetuju untuk me- nyatukan semula mereka dan menghantar kesemua atlet tersebut menjalani latihan di Bulgaria sebagai persiapan menghadapi Sukan SEA 2011.
Bagaimanapun, berita itu ternyata hanya- lah 'omongan kosong' apabila Fatimah mendedahkan bahawa sejak dia dan rakan-rakan yang lain pulang daripada menyertai tema- sya Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Shenzen, China bulan lalu, sehingga kini tidak ada sebarang pertemuan yang diatur KOAM bagi menyelesaikan kemelut yang melanda.
"Memang tidak ada langsung perbincangan dilakukan seperti yang ingin dilakukan KOAM sejak saya dan rakan-rakan yang lain pulang dari China.
"Saya sebenarnya sudah tidak tahu hendak cakap apa lagi mengenai isu ini. Kecewa memang kecewa kerana kami tidak berpeluang untuk melepasi had kelayakan.
"Tetapi bila sudah jadi macam ini, saya sendiri pun tidak tahu hendak cakap apa," kata Fatimah ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Difahamkan, kegagalan KOM menyelesaikan kemelut yang melanda kuartet wanita negara itu lebih awal adalah di sebabkan mahu menunggu laporan penuh jawatankuasa yang ditubuhkan badan induk tersebut bagi menyiasat cerita sebenar di sebalik enam atlet melarikan diri daripada ujian antidoping pada Mei lalu.
Laporan penuh itu hanya akan diketahui selepas jawatankuasa tersebut kembali bersidang Selasa ini.
Kemelut yang melanda barisan kuartet 4x100 meter wanita negara tercetus apabila kelima-lima mereka bersama atlet pecut lelaki, Mohd. Noor Imran Abdullah Hadi bertindak melarikan diri daripada menjalani ujian antidoping pada 24 Mei lalu.
Bagaimanapun, Fatimah Zubaidah dan Yi Ling akur dengan arahan MSN yang meminta mereka menjalani unjian anti- doping pada hari berikutnya.
Ia sekali gus menyaksikan mereka seka- dar menjalani latihan di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil.
Dua lagi rakan mereka, Norjannah dan Sarah pula terus berlepas ke Bulgaria bagi menjalani latihan di sana atas tanggungan daripada KOM tanpa pengetahuan MSN.
"Sepatutnya, masalah ini diselesaikan lebih awal kerana isu mengenai antidoping adalah suatu yang paling penting buat atlet-atlet olahraga seperti kami.
"Selepas tercetusnya masalah tersebut, nama kami sudah tercemar dan KOAM sebagai badan induk yang bertanggungjawab perlu menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi membersihkan nama kami semula.
"Memang selepas melakukan ujian, kami disahkan negatif daripada mengambil bahan-bahan terlarang tetapi itu masih belum boleh membersihkan nama kami semula kerana orang ramai masih belum tahu cerita yang sebenar," jelas Fatimah.
Lebih memburukkan keadaan, KOAM ketika mesyuarat JKK bersama MSN bulan lalu juga memutuskan bahawa Tan Kok Lim merupakan jurulatih baharu buat kuartet wanita negara dan bukannya Harun Rasheed Othman lagi.
Keputusan itu menimbulkan polemik baharu disebabkan Norjannah dan Sarah mahu terus Harun menjadi jurulatih mereka.
Fatimah, Zubaidah dan Yi Ling pula menyokong penuh keputusan tersebut kerana enggan berada di bawah kendalian Harun kerana menganggap individu tersebut adalah punca terhadap segala masalah yang ter- cetus berkaitan kuartet 4x100 meter wanita negara.
Sebagai rekod, barisan kuartet negara berjaya memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 45.33 saat yang dilakukan mereka pada Grand Prix (GP) Poland, Julai tahun lalu.
Catatan itu memadam rekod lama yang dicipta oleh kuartet yang dibarisi Anita Ali, G. Shanti, Sajaratuldur Hamzah dan Mum- taz Jaafar yang melakukan catatan 45.37s pada Sukan SEA 1989 di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment