Sunday, September 25, 2011

Lotus Renault tiada sasaran di Singapura



BARISAN pelumba dan kru pasukan Lotus Renault bersama Pengarah Urusan Proton Holdings Berhad, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir (tiga dari kanan) selepas sidang akhbar di Singapura semalam.


SINGAPURA - Pasukan Lotus Renault GP (LRGP) tidak meletak- kan sebarang sasaran menjelang perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Singapura yang akan berlangsung malam ini meskipun telah melakukan kira-kira 60 pera- tus pembaharuan ke atas jentera mereka.
Begitupun, kedua-dua pemandunya iaitu Bruno Senna dan Vita- ly Petrov masing-masing berharap akan berjaya tersenarai dalam kelompok 10 pemandu terbaik pada perlumbaan tersebut.
Ditemui semasa siding akhbar semalam, Senna berkata, dia sedia maklum bahawa litar di Singapura merupakan antara litar yang sukar selain Litar Sepang, namun dia tetap optimis mampu melakukan yang terbaik bersama rakan sepa- sukannya.
"Biarpun saya sudah berpengalaman berlumba di sini pada musim lalu ketika bersama Hispania Racing, kerjasama antara saya dan Petrov amat penting agar kami berjaya berada dalam kelompok 10 pemandu terbaik.
"Prestasi Petrov semakin baik pada tahun ini dan saya berazam untuk memantapkan lagi prestasi saya agar kami sama-sama seiring. Saya juga berharap pada penghujung tahun ini, impian itu akan tercapai.
"Bukan hanya untuk saya tetapi untuk pasukan kami," jelas pemandu berusia 28 tahun itu.
Kata pemandu Brazil itu lagi, dia tetap gembira dengan pencapaian sebelum ini dan berharap perlum- baan hari ini akan memberinya pe- luang untuk beraksi dengan lebih baik.
"Saya akan pastikan menjelang perlumbaan esok (hari ini), saya akan berada dalam barisan yang sepatutnya dan perlu bekerja keras untuk menyaingi pemandu- pemandu lain," ujarnya.
Sementara itu, Petrov turut mengharapkan kejayaan yang sama selain mengakui kesukaran litar Singapura yang meliputi laluan lurus yang panjang.
"Pada awal tahun, saya bermula dengan baik dan sehingga kini pun saya tidak berasa tertekan. Cuma kesukaran litar di sini membuatkan kami perlu lebih berhati-hati.
"Dari segi teknikal, tidak banyak yang boleh dilakukan kerana saya rasa pengubahsuaian yang terlalu banyak tidak akan mampu membantu perlumbaan.
"Tiada apa yang mustahil dan saya berharap mampu menampil- kan aksi terbaik," jelas pemandu kelahiran Rusia itu.
Dalam pada itu, pengurus pasukan LRGP, Eric Boulier membe- ritahu, dia amat berbangga dengan prestasi kedua-dua pemandunya dan mengakui masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
"Mereka berdua menghormati antara satu sama lain dan kele- bihan yang ada pada mereka secara tidak langsung melengkapkan antara satu sama lain," kata- nya.
Sebagai rekod, Petrov dan Senna masing-masing berada di kedu- dukan kesembilan dan 18 dalam kategori pemandu dan LRGP berada pada kedudukan kelima dalam kategori pengeluar.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...