Friday, January 10, 2014

Nedim Nazri Nafi Bakal Lamar Nora Danish

Walaupun tidak pernah tampil dengan pengakuan secara rasmi, umumnya ramai yang menganggap Nedim Nazri dan Nora Danish kini adalah dalam fasa percintaan. Kemesraan mereka berdua memang sering dipaparkan menerusi akaun Instagram masing-masing. Ramai yang tertanya-tanya bilakah mereka berdua bakal menamatkan zaman solo kerana tidak sabar melihat kelibat pasangan bak pinang dibelah dua ini di atas pelamin.
nedim dan nora danish
Menerusi Harian Metro hari ini, Nedim menafikan khabar angin bakal melamar dan berkahwin dengan Nora Danish pada tahun ini. Kata Nedim:-
Kami pernah melalui pengalaman bercerai dan masing-masing mempunyai seorang cahaya mata. Jadi bagi kami, soal kahwin bukanlah keutamaan buat masa sekarang. Nora sendiri seperti yang umum tahu sibuk dengan pelbagai projek filem dan juga drama sepanjang tahun ini.
Bagaimanapun ini situasi yang berlaku sekarang, namun segala di tangan Allah, andai ditemukan jodoh antara kami, sudah tentu perkara itu tidak dapat dielak. Namun buat masa ini kami selesa dengan hubungan terjalin seadanya sekarang.
nedim dan nora
Walaupun begitu, Nedim mengakui Nora adalah wanita yang paling rapat dengan dirinya buat masa ini. Kata Nedim lagi:-
Saya kurang selesa berbicara mengenai perkara ini, kalau boleh saya tidak mahu memberikan sebarang kenyataan. Namun kerana Nora seorang selebriti, saya faham situasi ini dan apa yang boleh saya katakan setakat ini kami rakan rapat dan Nora adalah wanita yang paling rapat dengan saya.
Saya senang apabila bersama Nora, dia seorang yang mempunyai pendirian dan berpandangan luas. Lagipun saya memang sukakan wanita berkerjaya sepertinya. Apa yang boleh saya katakan Nora memiliki ciri wanita yang saya suka.
Dulu orang gelar saya macam-macam tetapi Nora selalu mempertahan dan memperjelaskan perkara yang dia tahu dan nampak mengenai saya kepada peminat di luar sana. Saya terharu
nora dan nedim
Tak apalah Nedim. Bab kahwin ini tak perlu tergesa-gesa. Perlahan-lahan buat keputusan. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan sekiranya memang benar Nora Danish adalah jodoh anda. Lagipun anda berdua memang solo. Kenali diri masing-masing dengan lebih mendalam sebelum mengambil keputusan apa-apa. Tak gitu?
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...