Mesra sungguh ikatan yang terjalin di antara Putra Rayqal dan Fasha Sandha. Abang Nara sejak dulu lahir melahirkan rasa hormat kepada keluarga ini. Pastinya Jejai orang yang paling gembira melihat keakraban ini. Semoga ia berkekalan sehingga akhir hayat. Rasa nak menangis Abang Nara tengok.
Secara jujur, Rayqal beruntung kerana mendapat kasih sayang daripada 2 orang ibu. Tentu Rayqal seronok hari jadinya disambut 2 kali. Kedua-duanya nampak meriah. Kek pun nampak sedap. Semoga kasih sayang ini kekal abadi buat selamanya.
Lagi beberapa gambar sambutan hari jadi Rayqal oleh Fasha Sandha dan Jejai dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
@BEAUTIFULNARA.COM