Tuesday, January 7, 2014

Abu Bakar Omar ajak Zed Zaidi berdialog

ZED ZAIDI diminta bersemuka dengan Abu Bakar Omar, berbanding hanya menuding jari seperti sekarang.


PERGOLAKAN dan kepincangan yang berlaku antara ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) semakin memuncak apabila bekas presiden persatuan tersebut, Zed Zaidi bertindak menyelar pelakon veteran, Abu Bakar Omar melalui sebuah portal hiburan baru-baru ini.
Zed Zaidi yang telah dilucutkan jawatannya sebagai Presiden Seniman tahun lalu mendakwa, Abu Bakar Omar tidak mempunyai inisiatif untuk menghidupkan kembali persatuan itu dengan menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM) bagi memudahkan urusan ahli-ahli yang bernaung di bawahnya kelak.
Ketika dihubungi Kosmo!, Abu Bakar Omar kedengaran begitu kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Sembilu itu.
Tegasnya, banyak usaha sudah dilakukan bagi mendapat kata sepakat antara dia dan ahli-ahli yang lain. Bagaimanapun, semuanya umpama bertemu jalan hampa.
Kosmo!: Apakah reaksi anda ketika membaca tuduhan Zed Zaidi yang mengatakan anda tidak berusaha untuk menghidupkan kembali persatuan Seniman?
ABU BAKAR OMAR: Saya begitu kecewa dengan dakwaannya itu. Sebagai seorang yang bijaksana dan berpelajaran, dia sepatutnya sedar tindakannya membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.
Zed Zaidi turut menuduh anda seperti melengah-lengahkan untuk mengadakan AGM yang baharu. Adakah kenyataan itu benar?
Peguam saya telah menghantar beberapa surat untuk memohon rekod-rekod yang melibatkan keputusan kewangan dan audit keahlian persatuan daripada pihak Zed Zaidi. Ketika di mahkamah, pihaknya sendiri mendakwa mereka masih menyimpan rekod-rekod tersebut. Namun, sehingga kini tiada apa-apa maklum balas yang kami terima. Tanpa keputusan-keputusan tersebut, AGM tidak boleh dijalankan.
Mengapa rekod-rekod itu begitu penting bagi mengadakan AGM?
Setelah terbatalnya AGM 14 yang lalu, ahli-ahli Seniman tidak mengetahui status sebenar mereka. Justeru, dengan adanya rekod-rekod tersebut, data-data keahlian dapat dibetulkan.
Tambahan pula, Seniman merupakan sebuah persatuan berbayar. Ahli-ahli yang lain ingin mengetahui ke mana perginya wang keahlian yang disalurkan ke akaun persatuan.
Pada pendapat anda, apakah solusi terbaik bagi menyelesaikan isu ini?
Saya berharap agar satu sesi dialog diadakan antara saya dengan Zed Zaidi bagi menyuarakan pendapat masing-masing. Perjumpaan ini juga boleh dihadiri oleh ahli-ahli persatuan yang lain.
Manusia mempunyai kelebihan dan kekurangan dan kita tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan.
Jika saya yang bersalah, saya bersedia untuk meminta maaf. Persatuan akan berpecah belah jika dia berterusan bercakap belakang dan enggan bersemuka untuk menyelesaikan isu ini.
Adakah anda pernah mempelawanya untuk bersemuka sebelum ini?
Saya pernah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya pada bulan Julai tahun lalu untuk berjumpa bersama ahli persatuan yang lain di FINAS sebelum isu AGM dibawa ke mahkamah.
Zed bukan sahaja tidak menjawab SMS yang saya kirimkan, malah dia bertindak menghubungi FINAS dan meminta mereka membatalkan perjumpaan tersebut.
Pada ketika itu, niat saya hanyalah untuk mendapatkan kata sepakat antara ahli. Jika isu itu boleh diselesaikan, mungkin ia tidak perlu dibawa ke mahkamah.
Bilakah sepatutnya Seniman melangsungkan AGM yang baharu?
Mengikut keputusan mahkamah, tarikh akhir bagi penganjuran AGM kami adalah pada 21 Januari ini.
Isu yang melibatkan ahli-ahli Seniman seperti tidak berpenghujung. Apakah komen anda?
Saya percaya setiap masalah ada penyelesaiannya. Saya juga berharap agar isu yang melibatkan ahli-ahli Seniman akan berakhir tidak lama lagi. Apa yang penting ialah kesudian Zed Zaidi untuk berjumpa dengan saya dan ahli-ahli yang lain bagi memperjelaskan masalah sebenar yang dihadapi oleh Seniman.
Apakah pesanan anda terhadap Zed Zaidi?
Saya berharap agar dia tidak berterusan menempelak saya dan ahli-ahli persatuan yang lain. Sebagai bekas presiden, dia seharusnya lebih bijak dalam menyelesaikan masalah, bukan bercakap secara sembunyi tanpa berani bersemuka.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm#ixzz2phyVxYGo 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...