Friday, November 15, 2013

Remy Ishak elak cerita panas



SUDAH lama tidak mendengar khabar pelakon berwajah macho iaitu Remy Ishak. Apa cerita terbaharu bekas kekasih pelakon Tiz Zaqyah itu?
Peluang bertemu dengan Remy ketika hadir pada sidang akhbar memperkenalkan pengacara Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) di Hotel Double- tree Hilton, Kuala Lumpur, diguna- kan Kosmo! untuk mendekati dan juga mengetahui kehidupan Remy sekarang.
Remy yang kelihatan garang dengan potongan rambut pendek itu memberitahu, kehidupannya kini banyak di habiskan di lorong-lorong gelap dengan bergaduh. Dalam erti kata lain, Remy kini sudah menjadi gengster!
Bagaimanapun, kehidupan gengster yang dilalui Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak itu bukan di dunia realiti, sebaliknya pelakon berusia 31 tahun itu sekadar menjayakan sebuah watak gengster bernama Iskandar untuk drama terbaharu arahan Kabir Bhatia.
"Saya dibesarkan oleh Faizal Hussein yang membawa watak bapa kepada Iskandar.
"Ketika kecil Iskandar seorang budak nakal dan bila dewasa dia terjebak pula dalam dunia kongsi gelap," ujarnya mengenai drama bersiri terbaharu berjudul Jiwa itu.
Selain Faizal, drama bersiri untuk tayangan slot Aksi di TV3 itu turut dibintangi oleh Siti Elizad dan Kamal Adli.
Disoal kenapa memilih watak geng- ster sedangkan dulu dia sering membawakan watak hero romantis, kata anak kedua daripada empat beradik itu, dia sudah terbiasa dengan watak yang sama dan ingin mencabar diri untuk meneroka watak seperti geng- ster pula.
"Bukan saya tidak pernah bawa watak gengster. Dalam filem Jiwa Taiko saya pernah melakonkan watak gengster, cuma kali ini sedikit berbeza dan saya sukakan sesuatu yang berbeza," tuturnya yang bakal muncul dengan filem CEO dan Sejoli pada tahun depan.
FIGURA kacak ini enggan lagi membiarkan dirinya tercampak ke dalam kancah kontroversi.


Bukan sengaja menyepi diri
Menjawab mengenai kehidupannya kini yang tidak lagi berdepan dengan kontroversi khususnya dalam percintaan, ulas hero drama Nur Kasih itu, dia lega dengan situasi sebegitu.
Bukan sengaja menyepikan diri dan bukan juga melarikan diri, ungkap Remy, dia lebih suka kehidupan peribadinya tidak terlalu terdedah.
Walaupun begitu, dia tidak lokek berkongsi aktiviti seni dan juga waktu senggangnya yang banyak dihabiskan dengan melayari laman sosial Instagram miliknya dengan IG @remy- ishak atau nama keduanya, Mas Joko.
"Tiada cerita panas. Saya rasa lebih elok macam itu. Apa-apa yang berlaku sebelum ini juga bukan atas kehendak saya," jelasnya yang sedikit sebanyak mengingatkan peminatnya tentang insiden pergaduhan kurang matangnya bersama Tiz Zaqyah di Twitter dan juga perpisahan hubungan mereka yang dikatakan berpunca daripada sikap panas baran dirinya.
Mengulas lanjut, dedah Remy, perkara yang berlaku dalam dirinya sebelum ini banyak mematangkan dirinya.
Remy juga tidak mahu orang membuat penilaian buruk lagi tentang dirinya yang mengatakan dia seorang yang panas baran.
"Saya sebenarnya takut orang menilai yang bukan-bukan tentang diri saya. Disebabkan itu, saya rasa lebih elok saya tidak terlalu mendedahkan hal peribadi pada media," tuturnya jujur.
Bercerita mengenai aktivitinya kini yang sering dihabiskan dengan melawat ke kampung-kampung dan juga bertukang, kata Remy, itu adalah perkara berfaedah yang dilakukannya daripada dia membuang masa bersosial bersama rakan-rakan.
"Kalau tidak berlakon saya lebih suka menggembara ke kampung-kampung sambil berehat. Selain itu saya juga suka bertukang. Umur saya pun sudah 31 tahun. Daripada bersosial, lebih elok saya habiskan masa saya dengan aktiviti berfaedah," ujarnya yang turut mengakui masih lagi solo tanpa kehadiran kekasih.
Biarpun sendiri, Remy akui lebih tenang keadaannya sekarang berbanding dahulu. Bagaimanapun, dia tidak menolak andai ada wanita yang hadir dalam hidupnya.
"Saya rasa lebih tenang dengan keadaan sekarang berbanding dahulu. Saya juga terima sesiapapun wanita sebagai jodoh saya," akuinya.
Jelasnya lagi, dia juga mahu lebih fokus pada kerja dan mencari kestabilan hidup terlebih dahulu sebelum menstabilkan hidup orang lain.

REMY turut tercalon dalam senarai Top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem Anugerah Skrin 2013.


Tercalon Top 5 Anugerah Skrin 2013
Buat kali kedua, Remy tercalon dalam senarai Top 5 kategori Pelakon Lelaki Terbaik Filem (29 Februari) Anugerah Skrin 2013.
Remy tercalon bersama empat lagi pelakon lelaki hebat iaitu Shaheizy Sam (SAM), Que Haidar (Rock OO), Redza Minhat (KIL) dan Adi Putra (Langgar).
Menerusi filem 29 Februari, Remy memegang watak sebagai Budi yang lahir pada tarikh 29 Februari.
Filem itu menuntut cabaran besar pada Remy apabila dia perlu membawa tiga karakter berbeza mengikut peredaran zaman dari tahun 1890-an hingga 2012.
Tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang bagi watak tersebut, ulas pelakon yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka itu, jika menang ia adalah anugerah terindah buat dirinya.
"Saya berterima kasih kerana dipilih sekali lagi. Ia suatu pengiktirafan buat saya. Saya tidak letak apa-apa harapan, malah tidak menjangka tersenarai dalam kategori ini.
"Begitupun, saya seronok melihat rakan-rakan pelakon lain turut tercalon," ujarnya.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1115&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz2khavZUck
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...