Wednesday, November 13, 2013

Acara cari jodoh untuk golongan pertengahan


BEBERAPA peserta lelaki dan wanita mencari calon pasangan yang sesuai pada acara mencari jodoh.


SHANGHAI - Kerajaan tempatan Shanghai menganjurkan acara mencari jodoh yang melibatkan penduduk berumur 45 tahun ke atas di sini pada 9 November lalu.
Seorang janda, Liu Fenqin yang berusia 53 tahun berkata, dia berharap akan dapat mencari calon suami selepas bercerai lebih 10 tahun lalu.
"Saya mencari seseorang (bakal suami) yang wajahnya tidak hodoh," katanya semasa dia merenung beberapa lelaki yang menyertai acara tersebut.
Menurutnya, dia mahu mencari seorang suami semasa umurnya masih muda.
Namun, seorang anak perempuannya tidak merestui hasratnya ketika itu menyebabkan dia menangguhkan usaha untuk mencari cinta buat sementara waktu.

SEORANG peserta lelaki dan wanita berbual pada acara mencari jodoh di Shanghai, 9 November lalu.


Seorang jurutera, Zheng Zhixin, 68, yang turut hadir pada acara itu berkata, dia telah bercerai dengan isterinya di Jepun.
"Dia (isterinya) mahu tinggal di Jepun tetapi saya mahu pulang ke tanah air. Hala tuju hidup kami tidak sama," katanya.
Acara mencari jodoh itu diadakan di sebuah gudang perabot di sini.
Kira-kira 40,000 orang menghadiri acara tersebut berbanding 30,000 pada tahun lalu.
Pada tahun lalu, had umur peserta yang ditetapkan untuk menyertai majlis itu adalah 60 tahun ke atas. - Reuters
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2kWbn2jPg
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...