Saturday, June 23, 2012

Mike Tyson dedah rahsia?

Mike Tyson
Mike Tyson
Setelah tampil sebagai cameo menerusi filem, The Hangover, Mike Tyson ternyata mahu lebih aksi lagi dalam lakonan. Bekas juara angkat berat ini bakal muncul dalam lakonan teater terbarunya, Mike Tyson: Undisputed Truth, di panggung terkenal, Longacre Theatre, New York, pada 31 Julai hingga 5 Ogos ini.

Menerusi pementasan teater itu, Mike akan memegang watak, Iron Mike Tyson, yang menceritakan perjalanan hidupnya sepanjang bergelar jaguh angkat berat.

"Ini adalah kisah benar mengenai diri saya. Saya akan menceritakan satupersatu mengenai kisah hidup saya dan juga sisi hitam saya selama ini.

"Segalanya akan terjawab di pentas itu nanti," katanya yang menggunakan khidmat sutradara, Spike Lee, menerusi teater itu.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...