Saturday, June 23, 2012

Justin Bieber rimas!

Justin Bieber
Justin Bieber
Populariti bintang muda, Justin Bieber, tidak perlu disangkal lagi. Seawal usia 15 tahun, Bieber telah mencipta nama ke seluruh pelosok dunia.

Sehingga kini, nama Bieber masih bertahan dan memiliki bilangan peminat yang ramai. Pun begitu, Bieber melahirkan rasa kesal kerana merasakan peminatnya tidak menghormati dirinya.

Semasa pelantun lagu, Never Say Never ini menunggu kekasihnya, Selena Gomez, dia telah didekati oleh sekumpulan peminat yang ingin mengambil gambar bersamanya.

"Saya tidak kisah untuk mengambil gambar bersama, tetapi cubalah faham situasi. Saya juga mahukan masa dan ruang peribadi untuk diri sendiri.

"Mereka seperti tidak mengendahkan perasaan saya dan berebut-rebut untuk mengambil gambar. Amat menjengkelkan," katanya lagi.
@sinarharian.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...