Dalam dunia ini ada pelbagai jenis orang, bermacam-macam kehidupan dan pengalaman, serta dugaan yang harus ditempuhi. Namun bukan semua tahu apa erti disebalik kehidupan gelap lorong-lorong di Chow Kit, kan?
Banyak cerita yang kita dengar dari mulut orang, berita yang kita lihat dalam suratkhabar dan kisah gelap dari Chow Kit. Ada pembunuhan, kongsi gelap, pelacuran, dan segala macam jenayah. Di waktu siang, Chow Kit hanyalah sebuah bandar biasa dan dihuni oleh orang biasa. Namun bila malam menjelma, golongan lain akan mula bekerja.
Dalam filem terbaru berjudul “Chow Kit”, filem yang diilhamkan oleh penulis skrip Shahazril Hamzah (Kenit) dan Eenaz Mokhtar bakal mendedahkan kehidupan di sebalik cerita-cerita yang kita hanya pernah dengar, namun tidak dapat disaksikan. Filem “Chow Kit” juga akan memaparkan kisah kehidupan kanak-kanak yang sering kita lihat berkeliaran tanpa ibu bapa dan tertanya-tanya bagaimanakah kehidupan yang mereka lalui? Adakah sama seperti kanak-kanak lain?
Filem ini bakal membariskan Dira Abu Zahar, Beto Kusyairi, Namron, dan Lana Nordin sebagai penggerak utama filem yang hampir setaraf dengan filem antarabangsa ini.
Filem ini diarahkan oleh dua pengarah berbakat, Dhojee dan Brando Lee. Ianya bakal ditayangkan pada 3 Mei tahun ini di hampir 60 buah pawagam serata negara. Jadi jangan lepaskan peluang anda dan mari kita saksikan trailer “Chow Kit” selepas ini!
@ohbulan.com
No comments:
Post a Comment