Saturday, March 3, 2012

4 Tanda Jiwa Kacau Disebabkan Putus Cinta


Video ini memaparkan perasaan wanita yang jiwa kacau dan meronta-ronta hatinya kerana telah ditipu oleh kekasihnya. Kesian juga, tapi apa nak buat, kan?
Anda mesti pernah alami tanda-tanda jiwa kacau, atau pernah melihat rakan anda sendiri melakukan tanda-tanda JK yang akan kami kongsikan sebentar lagi. Jiwa Kacau atau lebih dikenali sebagai JK merupakan salah satu masalah psikologi berpunca daripada pengalaman putus cinta yang dihadapi oleh individu terbabit. Tanpa mengira jantina mahu pun saiz badan, JK boleh menyebabkan seseorang itu mengalami kemurungan untuk satu tempoh tertentu. Tempoh kemurungan itu bergantung pula kepada persediaan individu itu untuk ‘melepaskan’ bekas kekasihnya.
Hasil pemerhatian, kami mendapati 4 tanda popular seseorang itu mengalami JK disebabkan putus cinta :
1. Memecahkan gambar bekas kekasih
Salah satu cara untuk melepaskan geram adalah dengan memecahkan gambar bekas kekasih. Bagaimanapun, teknik ini masih dapat membuatkan anda kerinduan yang teramat sangat. Jadi, lebih afdal sekirannya  anda terus membakar gambar bekas kekasih itu.
2. Menangis sepanjang hari
Penghidap JK lebih cenderung untuk mengurungkan diri dalam bilik dan menangis sepanjang hari kerana teringatkan kenangan pahit manis bersama bekas kekasihnya. Di ketika ini, penghidap JK memerlukan teman rapat untuk meluahkan perasaan selain membendung mereka daripada melakukan tindakan di luar kawalan seperti mencederakan diri.
3. Menukar status Facebook atau Twitter setiap 30 saat
Individu JK turut gemar menukar status Facebook, Twitter atau BBM setiap 30 saat dengan harapan ada orang lain yang berasa simpati dan secara tidak langsung melayan perasaannya. Walaupun teknik ini diibaratkan sedikit ‘loser’, kebiasaannya teknik ini berjaya meraih simpati orang lain yang terlebih masa. Contohnya, anda meletakkan status JK di BBM berbunyi, “Kenapa aku dipersalahkan?”
Kurang 5 saat, seorang jejaka bertanya, “Kenapa you, meh share dengan I?” Secara automatik, anda berjaya meraih simpati jejaka itu. Voila!
4. Meluahkan perasan pada setiap orang
Penghidap JK juga akan meluahkan peraaan kepada setiap orang yang ditemuinya tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama. Kelompok ini boleh dikategorikan sebagai serius kerana kalau tersilap langkah, ia boleh menjerumuskan penghidap JK ke dunia seks bebas.
Contohnya, anda bertemu teman baru di kelab malam. Anda tanpa sedar telah menceritakan masalah peribadi sehingga mendedahkan kelemahan diri. Teman baru ini pula mempunyai agenda tersendiri, ditambah pula apabila dia melihat tubuh anda memang mengiurkan. Jadi, teman baru ini pun meletakkan sesuatu ke dalam minuman anda. Anda minum, dan keesokan harinya baru sedar anda telah ‘dikekah’ oleh teman baru itu.
Siapa yang rugi?
Bak kata Nabil, “Lu fikirlah sendiri.”
@ohbulan.com

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...