Saturday, November 5, 2011

Polis Tahan Lelaki Ugut Guru Di Pulau Pinang

Polis Tahan Lelaki Ugut Guru Di Pulau Pinang
GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki di Selangor Khamis lalu bagi membantu siasatan berhubung kes mengugut dan mencederakan seorang guru wanita di negeri ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata lelaki berusia 32 itu ditahan di Jalan Batu Tiga Lama, Klang pada jam 4.40 petang oleh sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL).
“Lelaki berkenaan dibawa balik ke IPDTL bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang guru wanita yang mendakwa diugut dan dikasari bekas teman lelakinya itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, lelaki yang tidak bekerja itu kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Akhbar baru-baru ini melaporkan seorang guru berusia 29 tahun mendakwa dikasari bekas teman lelakinya secara fizikal dan mental.
Wanita itu dalam laporannya mendakwa dipukul, dicekik dan diugut dibakar rambutnya oleh lelaki terbabit selepas dia memutuskan hubungan dengan lelaki berkenaan yang turut menipu duitnya sebanyak RM15,000. – BERNAMA

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...