Saturday, November 5, 2011

Buang Kakitangan Awam: Pas Jawab Bagi Pihak DAP

Buang Kakitangan Awam: Pas Jawab Bagi Pihak DAP
KUALA LUMPUR – Pas hari ini menjawab isu ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ bagi pihak DAP bagi menyokong kenyataan Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua, yang tekad mahu membuang lebih 650,000 kakitangan awam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.
Mungkin tidak senang dengan tentangan dan bantahan yang diterima dari pelbagai pihak termasuk Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhimatan Awam (CUEPECS) terhadap isu tersebut, PAS hari ini membuat kenyataan membela idea DAP yang ‘dicuri’ dari negara China itu.
Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa fokus utama Pakatan Rakyat sekiranya mendapat membentuk Kerajaan Persekutuan ialah membuat penyelarasan tenaga kerja kakitangan awam dan mewujudkan proses timbang tara terhadap kakitangan sedia ada.
Menurutnya lagi, masalah utama di sektor awam ialah ketidakselarasan tenaga kerja dan yakin ia mampu diatasi dengan perlaksanaan perancangan baru Pakatan Rakyat tersebut.
“Sebagai contoh, dalam penguatkuasaan di jalanraya sahaja, terdapat pelbagai agensi yang terlibat – antaranya polis, peronda lebuhraya, Jabatan Pengangkutan Awam, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain.
“Ini bakal dapat mengurangkan jumlah insiden ketirisan, keborosan dan elemen rasuah yang dilaporkan dalam Laporan Audit setiap tahun,” katanya kepada media hari ini.
Mengulas mengenai pengurangan yang dimaksudkan oleh Tony itu, Tuan Ibrahim berkata, ia bergantung kepada keperluan Kerajaan Pakatan Rakyat pada masa hadapan.
“Soal pengecilan (downsizing) atau penambahan (upsizing) kakitangan awam bergantung kepada kepentingan dan keperluan masa depan negara,” katanya lagi.
Tony yang juga merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu bahawa separuh dari 1.3 juta kakitangan awam akan dikurangkan secara berperingkat setiap tahun bagi mengurangkan kos perbelanjaan negara membayar gaji mereka.
Menurut Tony lagi, kakitangan awam yang dikenal pasti tidak menunjukkan prestasi yang baik akan diberhentikan dan diberi pampasan separuh bulan gaji, manakala kakitangan yang sudah berumur akan dinasihatkan berhenti lebih awal.
Ekoran kenyataan itu, Timbalan Presiden CUEPECS, Azih Muda meluahkan rasa bimbangnya mengenai masa depan seluruh kakitangan awam sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan dari kerajaan sedia ada.
“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan,” katanya.
Selain menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar, Azih yakin bahawa perlaksaan yang cuba dilaksanakan Pakatan Rakyat itu akan menjatuhkan moral kakitangan awam dan mengurangkan minat tenaga baru untuk menyertai sektor tersebut.
@mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...