Monday, November 7, 2011

Fakhrusy mahu tawan Sepang


FAKHRUSY memburu kemenangan kedua pada Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2011.

PELUMBA AAP Mazoil Faito Racing, Fakhrusy Syakirin Rostam berazam untuk mencatat kemenangan pada pusingan kedua terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) pada 12 dan 13 November ini.
Fakhrusy, 15, yang beraksi dalam kategori Cabaran Honda icon tahun lepas mula menyertai kategori Wira pada tahun ini sebagai pelumba persendirian.
Selepas itu, dia beraksi sebagai pelumba gantian bersama Yamaha CKJ Sukimi pada beberapa pusingan sebelum menyertai AAP Mazoil Faito Racing mulai pusingan lalu.
Penuntut Tingkatan 3 Sekolah Menengah Pasir Gudang 1 itu mencipta kejutan apabila mendominasi saingan di Melaka (Pusingan 8) dan seterusnya memenangi perlumbaan itu.
Dia berjaya menewaskan pelumba-pelumba lebih berpengalaman termasuk pendahulu keseluruhan, Zulsyafiz Rosli (MOS Malaysia Racing) dan juara bertahan, Mohd. Adib Rosley dari Motul Yamaha YY Pang Racing.
Fakhrusy memperoleh kemenangan pertama sepanjang karier dalam kategori pengeluar terbuka dan kejayaan tersebut melonjakkan kedudukannya dari tangga ke-13 ke tempat kesembilan dalam senarai keseluruhan dengan 52 mata.
Pada masa sama, Zulsyafiz terus kekal sebagai pendahulu dengan 136 mata diikuti Adib kedua dengan 101 mata manakala Mohd. Hafiza Rofa (faito YSP Racing) ketiga, 100 mata.
Bersemangat selepas memenangi perlumbaan pertama, Fakhrusy mahu membuktikan kepada lawan-lawannya bahawa kemenangan itu bukan sekadar nasib dengan mencatat keputusan baik di Sepang.
"Saya bekerja keras selama ini bagi memastikan keadaan fizikal saya cergas dengan berjoging dan juga menjalani latihan motocross," kata Fakhrusy yang pernah menjalani latihan selama tiga minggu di Hendriansyah Racing School, Indonesia, Januari tahun ini.
"Saya sangat gembira kerana pengorbanan dan usaha yang saya lakukan tidak sia-sia. Tambahan pula, perlumbaan pusingan lepas merupakan kali pertama saya menggunakan jentera Honda dalam kategori Wira namun ia bukan satu masalah untuk menyesuaikan diri dan saya juga cukup selesa dengannya.
"Saya mahu meneruskan aksi seperti ini dan berhasrat untuk menjejakkan kaki di atas podium lagi pada dua bak perlumbaan. Ia bukan satu tugas mudah buat perlumbaan yang akan datang kerana kami akan berlumba dalam suasana yang berbeza iaitu di litar yang panjang dan lebar. Namun, saya berjanji akan memberikan yang terbaik."

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...