Thursday, October 20, 2011

Yue Yue Masih Hidup, Tetapi Kritikal

Yue Yue Masih Hidup, Tetapi Kritikal

TIMBUL persoalan di serata dunia ketika ini sama ada kanak-kanak dua tahun yang dilanggar sebanyak dua kali, Yue Yue masih hidup atau sudah meninggal dunia.
Wujud pelbagai laporan mengenai status kanak-kanak itu.
Akhbar China Daily melaporkan Yue Yue masih hidup dan memperlihatkan tanda-tanda semakin stabil.
Manakala akhbar Herald Sun yang berpengkalan di Australia pula terus melaporkan Yue Yue sudah meninggal dunia.
Akhbar The Telegraph (UK) pula melaporkan Yue Yue  ’di ambang kematian’.
Laporan yang bercanggah dan kedudukan misteri Yue Yue itu ada hubung kait dengan sikap kerajaan China yang cuba melakukan penapisan terhadap berita-berita yang membawa imej negatif terhadap negara komunis itu.
Bagaimanapun, secara umum, kebanyakkan laporan terkini mengatakan kanak-kanak itu masih hidup namun berada dalam keadaan sangat kritikal.
Laporan awal bahawa dia mengalami mati otak juga diubah kepada koma yang sangat mendalam.
Kanak-kanak itu bagaimanapun hanya mampu bernafas menggunakan alat bantuan dan tanpanya dia pasti akan mati.
Kejadian malang melibatkan kanak-kanak itu berlaku Khamis lalu di sebuah pasar sibuk di Foshan yang terletak dalam Wilayah Guandong.
Kanak-kanak itu dilanggar dua buah van dan apa yang paling menyayat hati ialah, 18 orang berjalan di sebelahnya selepas itu dan tiada siapa pun yang berhenti membantu.
Hanya seorang makcik tua pengutip sampah bernama Chen Xianmei yang tampil memberikan bantuan.
Sehingga ke hari ini, sikap 18 orang itu dan pemandu-pemandu van berkenaan menjadi topik yang paling hangat diperkatakan di laman-laman sosial negara China.
Malah ia juga antara topik yang paling hangat diperkatakan di seluruh dunia ketika ini.
Beberapa pakar psikologi di China menyatakan, 18 orang yang berlalu pergi tanpa membantu Yue Yue harus sama dipertanggungjawabkan atas keadaan kanak-kanak itu.
Menurut Pakar Psikologi berlesen di Guangzhou, Annaliza Chan, ibu bapa Yue Yue juga harus dipersalahkan kerana mereka nyata lalai dalam kejadian itu.
“Mengapa mereka membiarkan dia berseorangan di atas jalan raya,” soalnya seperti yang dilaporkan oleh akhbar dalam talian Chinadaily.com.cn.
Ibu bapa kanak-kanak malang memiliki sebuah kedai barangan logam di kawasan pasar itu.
Menurut beberapa pekedai berhampiran, ibu bapa kanak-kanak itu kerap membiarkan Yue Yue bermainan di luar kedainya.
“Adakalanya selepas satu jam baru ibu bapa kanak-kanak itu akan datang melihatnya,” katanya.
Gambar- AP
baca kisah penuh insiden menyayat hati di sini...

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...