Kebaikkan Chen Xianmei bukan sekadar menjadi satu-satunya manusia yang tampil membantu kanak-kanak dua tahun yang dilanggar di sebuah pasar yang sibuk di Foshan, malah jauh lebih pada itu.
Bayangkan, dia hanya seorang pengutip sampah dengan pendapatan yang mampu kita fikirkan.
Namun, duit bukan segalanya bagi wanita tua itu.
Laporan media China menyatakan, ‘si pengutip sampah’ itu menerima sumbangan wang yang banyak dari pelbagai pihak tetapi dia tidak menyimpan wang berkenaan.
Dia sebaliknya telah mendermakan balik semua wang itu kepada ibu bapa Yue Yue, kanak-kanak yang dibantunya Khamis lalu.
“Saya sendiri tidak tahu berapa jumlah wang tunai ini. Saya hanya memikirkan kanak-kanak itu, jadi saya pun belum lagi kira wang yang diberikan kepada saya sejak beberapa hari lalu. Saya membawa semuanya untuk kanak-kanak itu.” katanya.
Setakat ini, sumbangan untuk Chen datang dari kilang pertukangan kayu, dengan sebuah syarikat produk rumah di Dongguan memberikannya wang tunai RMB100,000 (RM49,047) sekaligus dengan RMB20,000 (RM9,809) dari majlis perbandaran Foshan.
Namun sikap mulia Xianmei tidaklah dipandang positif semua pihak.
Ada juga ‘mulut-mulut puaka’ yang mengatakan Xianmei hanya membantu sebab dia mahu popular.
Kejadian malang melibatkan kanak-kanak itu berlaku Khamis lalu di sebuah pasar sibuk di Foshan yang terletak dalam Wilayah Guandong.
Kanak-kanak itu dilanggar dua buah van dan apa yang paling menyayat hati ialah, 18 orang berjalan di sebelahnya selepas itu dan tiada siapa pun yang berhenti membantu.
Hanya Xianmei yang tampil memberikan bantuan.
Sehingga ke hari ini, sikap 18 orang itu dan pemandu-pemandu van berkenaan menjadi topik yang paling hangat diperkatakan di laman-laman sosial negara China.
Terkini, Xianmei telah melarikan diri dari bandar Foshan apabila diganggu ratusan media yang berebut-rebut mahu menemuramahnya.
kisah penuh di sini...
No comments:
Post a Comment