PARID – Seorang wanita warga Perancis yang diculik dari rumahnya di sebuah pulau peranginan di Kenya, disahkan telah meninggal dunia.
Kementerian Luar Perancis dalam kenyataannya memaklumkan, Marie Dedieu yang ditahan di Somalia sejak 1 Oktober lalu, menghidap penyakit barah.
“Kita bagaimanapun tidak dapat mengesan punca kematian, namun ia kemungkinan besar akibat keengganan penculik memberikan ubat yang dihantar kepadanya,” kata jurucakap kementerian tersebut.
Berikutan itu, Perancis menuntut supaya mayat mendiang dikembalikan bagi membolehkan upacara pengebumian dilakukan.
Sementara itu, wartawan Al-Jazeera melaporkan, Peter Greste yang melaporkan dari Nairobi memaklumkan, selain barah, Dedieu juga mengidap pelbagai jenis penyakit yang memerlukannya mengambil ubat setiap hari.
“Marie Dedieu adalah seorang wanita tua yang berusia 66 tahun dan dia juga menggunakan kerusi roda. Dia mengidap barah dan penyakit lain berkaitan jantung. Dia memerlukan ubat setiap hari dan apabila dia diculik dari Pulau Lamu, dia tidak mendapat ubat tersebut.
“Kami difahamkan pihak berkuasa Perancis cuba mendapatkan ubat untuknya namun atas satu sebab, sama ada ia dihantar atau tidak, nampaknya dia gagal mendapatkan ubat tersebut,” katanya.
Dedieu diculik dari Pulau Lamu pada 1 Oktober lalu dan penculikan berkenaan didakwa dilakukan secara terancang.
Menurut teman lelaki Dedieu, John Lepapa, kumpulan penyerang mendarat di Pulau Manda dengan bot dan melepaskan beberapa tembakan sebelum mengarahkan wanita itu, dia dan pembantu rumah berbaring ke lantai.
Salah seorang penyerang kemudiannya menculik Dedieu sebelum membawanya ke dalam bot yang setia menanti.
“Saya cuma mendengar mereka berkata, di mana warga asing itu,” kata Lepapa yang berasal dari Kenya.
Menurut Lepapa, dia dan teman wanitanya itu sebelum itu telah disoal siasat oleh beberapa anggota polis, beberapa jam sebelum serangan selepas beberapa hari pulang dari Perancis.
“Dedieu merayu kepada mereka supaya tidak mengambilnya dan bersedia menyerahkan semua barang dalam rumah, namun mereka tidak mempedulikannya.
No comments:
Post a Comment