KUALA LUMPUR – Penyanyi Aishah telah berusaha pelbagai cara dan dia telah berjaya mengurangkan berat badannya sebanyak 23 kilogram daripada 94 kilogram selepas mengamalkan diet pemakanan secara intensif sejak Disember tahun lalu.
Menurut penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Janji Manismu itu, dia antaranya mengamalkan diet dengan mengamalkan pemakanan produk De Bella di mana sekali gus merupakan jurucakap produk itu yang berasaskan sayur-sayuran dan buah-buahan.
“Pada mulanya saya kurang percaya dengan diet dengan mengamalkan pemakanan produk kerana terdapat terlalu banyak produk seperti itu di pasaran. Bagaimanapun selepas diperkenalkan dengan produk De Bella memang ada perubahan pada berat badan saya sekarang ini.
“Walaupun saya telah berjaya mengurangkan 23 daripada berat badan saya tetapi sasaran saya adalah bagi mengurangkan 10 kilogram lagi sebelum hujung tahun ini,” katanya kepada para wartawan selepas mengadakan persembahan Malam Gala Seribu Bintang di sini semalam.
Jelas Aishah yang merupakan ibu tunggal kepada dua anak iaitu Arman, 17, dan Azhad, 11, dengan penurunan berat badannya itu dia kini semakin mudah untuk bergerak ke sana sini termasuklah menerima tawaran menyanyi di merata-rata tempat sejak akhir-akhir ini.
Selain itu kata bekas penyanyi kumpulan Aishah And The Fan Club yang popular di New Zealand pada tahun 1980-an ini, dia mengamalkan diet juga kerana mahu kelihatan sihat selain mahu memudahkan urusan kehidupannya seharian.
“Saya mengurangkan berat badan juga kerana mahu perkara-perkara lain contoh untuk memudahkan saya solat. Kalau dulu kalau mahu solat pun saya terpaksa duduk tetapi sekarang saya boleh melakukannya seperti biasa. Satu lagi masanya ialah soal pakaian.
“Kalau dulu semasa badan saya gemuk kalau membeli-belah saya hanya boleh beli beg tangan dan kasut sahaja. Kalau mahu mendapatkan pakaian baru saya terpaksa menempah daripada tukang jahit kerana susah mendapatkan pakaian saiz badan saya,” ujarnya lagi. – mynewshub.my
No comments:
Post a Comment