Saturday, October 22, 2011

Putera Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia

Putera Mahkota Arab Saudi Meninggal Dunia

RIYADH – Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz meninggal dunia, kata pengumuman pihak istana menerusi televisyen negara hari ini.
Kematian Sultan ini menyebabkan adiknya, Putera Nayef dilantik untuk menjadi pengganti Raja Abdullah sebagai negara pengeluar utama minyak mentah dunia.
Putera Mahkota itu, berusia 86 yang juga Menteri Pertahanan dan Penerbangan, berada di Amerika Syarikat sejak pertengahan Jun lalu untuk mendapatkan rawatan perubatan.
Allahyarham menjalani pembedahan pada Julai lalu tetapi tiada maklumat berkaitan kesihatannya diumumkan sejak itu.
Sultan iaitu adik tiri Raja Abdullah kerap berada di luar negara atas alasan kesihatan. – AP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...