MYNEWSHUB.MY – Pelakon filem Superman yang kini sedang dalam penggambaran, Henry Cavill berkata, untuk memastikan watak superhero yang dibawanya itu hidup, beliau memberikan penumpuan penuh kepada punca asal watak itu yakni komiknya.
Henry berkata, beliau tidak terlalu banyak bertumpu kepada interpretasi orang lain berkenaan watak itu.
“Secara peribadi saya percaya jika terlalu bertumpu interpretasi orang lain kepada sumber material itu akan memesongkan persembahan dan interpretasi saya,” katanya.
Henry berkata demikian dalam temubual dengan Fox All Access.
Beliau menambah, setiap hari penggambaran adalah sesuatu yang menarik dan memberikan pengalaman yang baru.
Henry berjanji memberikan yang terbaik dalam filem itu kerana mahu dirinya dikenang sebagai seorang pelakon yang hebat di masa akan datang.
“Jika saya buat kerja saya dengan elok, saya akan diingati dan mungkin 15 tahun dari sekarang seseorang akan tetap menyebut nama Henry Cavill apabila ada pelakon lain pula memegang watak Superman,” katanya.
Filem ini dijangka akan hanya mula ditayangkan di pawagam pada 2013.
Watak Lois Lane dilakonkan oleh Amy Adams manakala Russell Crowe sebagai bapa kandung Superman, Jor-El.
No comments:
Post a Comment