Monday, October 31, 2011

Derita Buah Zakar Terlampau Besar

Derita Buah Zakar Terlampau Besar

LAS VEGAS – Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.
Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya bertindak mendiamkan diri sahaja dengan penderitaannya, namun mungkin tidak mampu lagi menahan tekanan tersebut, dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.
Sebuah laman web berita antarabangsa, Las Vegas Review-Journal baru-baru ini mendedahkan penderitaan Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram dan menarik simpati masyarakat dunia terhadap lelaki malang itu.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren memakai seluar yang terpaksa diubah suai untuk keluar dari rumah, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.
Warren berkata, bukan mudah untuknya bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaan diri begitu.
“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” kata kepada laman web tersebut.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa mahupun berputus asa malah dia turut berazam untuk bersosial dan mempunyai sahabat handai serta menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.
“Saya tidak mahu menjadi orang yang pelik, siapa yang mahu?
“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya lagi.
Menceritakan punca buah zakarnya yang membesar itu Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden yang padanya pada tahun 2008.
“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.
Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau.
Sehubungan itu, dia memerlukan sejumlah wang yang besar untuk menjalani pembedahan buah zakarnya  dan mengharapkan kepada sesiapa yang sudi menderma kepadanya untuk mengatasi masalahnya itu. – Mynewshub.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...