Sunday, September 25, 2011

Rain jalani latihan ketenteraan bulan depan


SEOUL - Bintang pop Korea Selatan, Rain (gambar) mengaku bahawa dia akan menyertai pasukan tentera.
Penyanyi dan pelakon berusia 29 tahun itu semalam memberitahu dia bakal memulakan latihan ketenteraan pada 11 Oktober depan.
Sebelum itu, Rain dijadualkan mengadakan konsert di Seoul sebagai sebahagian daripada sisi jelajahnya yang berjudul The Best Show.
Semua lelaki yang sihat tubuh badan di Korea Selatan wajib berkhidmat dalam pasukan tentera selama dua tahun. Dasar itu diteruskan sejak Perang Korea yang tercetus pada tahun 1950-an.
Rain yang nama sebenarnya ialah Jung Ji-hoon, berkata dalam laman webnya, dia berharap akan lebih matang selepas berkhidmat dalam tentera.
"Saya akan berkhidmat kepada negara dengan rasa setia dan penuh perhatian," katanya.
Menjadi salah seorang bintang popular di Asia, Rain memulakan debut dalam filem Hollywood menerusi filem Speed Racer pada tahun 2008 dan Ninja Assasin pada tahun berikutnya. - AP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...