Sunday, September 25, 2011

Britney Spears tak sabar sambut ulang tahun ke-30



LONDON, Britain - Penyanyi yang pernah mencetuskan sensasi dunia muzik menerusi fesyen rambut tocang dan stokin setinggi paras lutut bakal mencecah usia 30 tahun.
Namun, penyanyi berkenaan, Britney Spears (gambar) tidak merasa gusar dimamah usia, malah dia menyatakan tidak sabar untuk menyambut hari jadinya yang ke-30.
Bintang pop Amerika Syarikat (AS) itu akan berada di rantau Amerika Selatan untuk konsert jelajah dunianya, Femme Fatale apabila ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tiba pada 2 Disember depan.
"Saya mendengar pepatah ada menyatakan, apabila anda meningkat lebih tua, anda akan lebih bijaksana dan anda lebih tahu apa yang anda mahukan dalam hidup ini, justeru, saya berharap agar usia 30 tahun akan membawa kebaikan buat saya," kata wanita yang pernah dinobatkan sebagai individu paling popular di Internet itu.
Popular menerusi album sulungnya, Baby One More Time pada 1999, Spears boleh menarik nafas lega kerana sehingga kini lebih 70 juta albumnya telah dijual di seluruh dunia.
Album ketujuh dan terbaharu penyanyi itu, Femme Fatale turut mendapat sambutan baik apabila ia mengungguli carta box-office AS. - AP

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...