AKTRES Priyanka Chopra baru-baru ini dilihat makan malam bersama seorang penyanyi dan komposer dari London, Jay Sean di sebuah kelab malam di Mumbai.
Sebuah akhbar tabloid India menyiarkan berita berkenaan setelah mereka dilihat berbual mesra.
“Priyanka dan Sean sangat mesra. Mereka berada di situ kira-kira dua jam. Mereka sentiasa bergurau senda.
“Kehadiran mereka menarik perhatian banyak mata, namun mereka seperti tidak mengendahkannya. Sejurus kemudian kedua-duanya meninggalkan kelab berkenaan,” kata sumber.
Dalam pada itu, sumber terdekat Priyanka memberi maklum balas bahawa Priyanka sebenarnya amat menggemari muzik hip-hop dan R&B dan pertemuan itu merupakan pertemuan biasa untuk berbual soal muzik.
No comments:
Post a Comment