Sunday, September 4, 2011

Kim tidak rancang bulan madu






KIM dan Kris memilih tanggal 20 Ogos sebagai tarikh perkahwinan mereka.

TANGGAL 20 Ogos lalu menyaksikan perkahwinan kali kedua jelitawan seksi program realiti televisyen E! Keeping Up with the Kardashian, Kim Kardashian, 30.
Disaksikan oleh 440 hadirin termasuk ibunya, Kris Jenner dan bapa tirinya, Bruce Jenner, Kim kini menjadi suri hati kepada pemain bola keranjang pasukan New Jersey Nets, Kris Humphries. Perkahwinan itu diadakan di sebuah kawasan eksklusif seluas 44,515 meter persegi di Montecitio, Santa Barbara, California, Amerika Syarikat (AS).
Majlis perkahwinan yang berlangsung pada waktu malam itu turut disaksikan oleh ramai bintang-bintang Hollywood termasuklah Avril Lavigne, Lindsay Lohan dan Eva Longoria, pemain tenis, Vendus dan Serena William serta Maria Menounos.
Biarpun ini merupakan perkahwinan kedua Kim selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan penerbit muzik, Damon Thomas pada tahun 2004, majlis tertutup itu tetap dilangsungkan dalam suasana mewah dengan kawalan keselamatan yang ketat. Rakaman majlis perkahwinan Kim akan disiarkan pada 9 Oktober ini di saluran E!
Jemputan yang hadir tidak dibenarkan membawa alat perakam. Malah mereka dikehendaki meninggalkan telefon bimbit sebelum memasuki dewan.
Sangat mustahil untuk peminat menyaksikan detik bersejarah itu sebelum majlis resepsinya pada 31 Ogos lalu di bandar raya New York.
Pada malam perkahwinannya, Kim yang berketinggian pada paras bahu Kris memakai gaun berwarna krim.
Tinggi bintang siri televisyen Beyond The Break itu adalah 1.59 sentimeter (sm) manakala Kris, 26, setinggi 2.06sm.
Gaun rekaan Vera Wang itu diinspirasikan daripada gaun Pippa Middleton yang disarungnya ketika majlis perkahwinan kakaknya, Kate Middleton dengan Putera Williams pada 29 April lalu.
Kris menggayakan tuksedo hitam putih sentuhan eksklusif daripada Ermenegildo Zegna.
Biarpun dipimpin oleh bapa tirinya, Bruce, Kim tetap menyimpan perasaan rindu terhadap mendiang bapanya, Robert Kardashian.
“Saya sangat berharap agar bapa saya berada di sini pada hari ini untuk memimpin saya.
“Tetapi saya merasakan kehadirannya pada hari ini dan kasih sayangnya akan tetap bersama saya. Saya sayang dan merinduimu ayah,” nukilnya pada kad yang diedarkan pada majlis tersebut.
Disebabkan sibuk dengan kerjaya selain persiapan majlis resepsi di New York, pasangan ini belum merancang untuk berbulan madu.
Jika mengundurkan waktu untuk sepanjang tahun ini, Kim sebenarnya telah melalui detik-detik bahagia bersama pasangannya itu apabila mula menanam bibit cinta sejak Januari lalu.
Tidak lama menunggu, mereka akhirnya bertunang pada Mei lalu setelah dilamar oleh jejaka kelahiran Minnesota, AS itu.
Kris berjaya mencairkan hati bekas model majalah Playboy itu dengan sejambak bunga ros merah bersama-sama sebentuk cincin 20.5 karat rekaan Lorraine Schwartz.
Sebelum majlis perkahwinan itu, Kim yang turut mengeluarkan minyak wangi sendiri mengedarkan sebanyak 1,000 botol minyak wangi atas nama Love.




No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...