Memang tidak dinafikan, penampilan merupakan suatu perkara yang penting. Daya keyakinan tinggi yang lahir daripada penampilan hebat dapat memberi kelebihan dalam segala tindakan kita. Memiliki kulit sihat adalah langkah pertama dalam membentuk penampilan yang hebat.
Bagaimanapun, kebanyakan lelaki lazimnya menjauhi sebarang perkara yang berkaitan dengan kecantikan dan beranggapan bahawa menjaga kesihatan kulit adalah bersifat feminin dan membosankan.
Vaseline kini berbangga untuk memperkenalkan rekaan terbarunya, rangkaian Vaseline Men yang dikhaskan untuk keperluan kaum lelaki dan menggalakkan mereka untuk mengamalkan asas-asas penjagaan kulit. Rangkaian ini direka khas untuk memperkenalkan kaum lelaki kepada regimen penjagaan kulit dua langkah yang mudah, membersih dan melembap, dan ia hanya mengambil masa 10 minit.
“Lelaki moden mengamalkan gaya hidup yang mencabar di mana beliau akan sentiasa cuba untuk meningkatkan kualiti kehidupan beliau. Kulit yang hebat meningkatkan keyakinan diri. Rangkaian Vaseline Men telah dicipta bagi menepati hidup kaum lelaki di samping membantu mereka menyerlahkan penampilan mereka, mempamerkan keyakinan dan mendapat perhatian.
Pendekatan dua langkah ringkas ini direka bagi membantu kaum lelaki mengamalkan penjagaan kulit ke dalam rutin harian mereka dengan mudah untuk memiliki kulit yang sihat,” kata Ray Guinoo, Pengurus Jenama Kanan, Deodoran dan Kulit, Malaysia dan Singapura, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd.
“Asas penjagaan kulit, pembersihan dan pelembapan dengan produk yang betul, adalah penting bagi memiliki kulit yang sihat. Kulit lelaki berbeza daripada kulit wanita dan memerlukan rumusan penjagaan kulit khusus. Meskipun begitu, sesetengah lelaki menggunakan produk-produk milik isteri atau teman wanita mereka untuk muka mereka. Rangkaian Vaseline Men membahagikan penjagaan kulit kepada dua langkah mudah untuk kulit sihat, dengan penekanan ke atas penggunaan pembersih dan pelembab direka khas untuk kulit lelaki dan sesuai untuk semua jenis kulit. Rangkaian ini juga direka khas untuk menjaga kulit muka dan badan,” tambah Guinoo.
Kawasan lain kulit bukan sahaja memainkan peranan berbeza, malah turut mempunyai keperluan-keperluan berlainan, khususnya kulit muka dan badan. Rangkaian baru Vaseline Men adalah lengkap dengan pelbagai varian dan rangkaian yang dikhususkan untuk muka dan badan bagi memastikan pembersihan dan pelembapan yang berkesan. Kaum lelaki kini boleh mencuci muka dan badan mereka dari kotoran dan kesan harian dengan mudah, mengembalikan kelembapan semula jadi kulit sambil bersantai ditemani keharuman ‘musk’ yang maskulin dengan rangkaian ini.
Penjagaan kulit telah menjadi mudah untuk kaum lelaki hari ini, sekaligus memberikan mereka masa untuk menikmati aktiviti-aktiviti kegemaran mereka. Membersih dan melembap hanya memerlukan masa 10 minit sehari. Kaum lelaki kini diperkasakan untuk memburu matlamat mereka berbekalkan keyakinan teguh yang lahir dari penampilan mereka. Regimen penjagaan kulit dengan rangkaian Vaseline Men akan menghasilkan kulit yang lebih bersih, cerah dan sihat dalam masa dua minggu dengan memulihkan kulit yang sihat sepanjang masa.
Sesuai dengan konsep kulit sihat dalam masa beberapa minit, rakan media yang menghadiri pelancaran Vaseline Men telah menikmati sesi santai bagi kaum lelaki yang bertujuan mempamerkan betapa mudahnya untuk mengamalkan regimen penjagaan kulit dari atas ke bawah dalam rutin harian kita.
“Kami gembira kerana media adalah antara yang pertama mengalami dan mempelajari bahawa kita tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan kulit menawan. Kami sentiasa berusaha agar kekal relevan kepada pelanggan kami dengan sentiasa mengutamakan keperluan mereka. Kami memahami kaum lelaki memerlukan regimen penjagaan kulit yang ringkas namun berkesan. Kulit sihat mampu meningkatkan keyakinan. Vaseline Men direka bagi membantu kaum lelaki memiliki keyakinan ini agar mereka dapat menangani sebarang cabaran dalam hidup, sama ada ia melibatkan kehidupan peribadi, rangkaian sosial atau karier mereka,” tambah Guinoo.
Rangkaian Vaseline Men terbaru menawarkan pembersihan berkesan dan pelembapan yang berkekalan mengikut keperluan kulit yang berbeza. Ia ditawarkan di semua farmasi dan pasaraya terkemuka dari harga RM6.90 untuk skrub dan cucian muka 50g, RM18.90 untuk pelembab 40ml, RM10.90 untuk cecair sabun badan 220ml dan RM13.90 untuk losyen badan 250ml.
@gua.com.my

No comments:
Post a Comment