Saturday, September 3, 2011

'Hantu Bonceng' Kutip RM1.78j Dalam 2 Hari!


Filem 'Hantu Bonceng' mencipta sejarah dengan kutipan tiket terbesar musim perayaan apabila mendapat RM1.78 juta dalam masa dua hari sejak ditayangkan pada 31 Ogos lalu.


Arahan Ahmad idham, ia ditayangkan di 80 panggung serentak di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem yang dibintangi Zizan Razak, Juliana Evans, Jue Aziz, Dottie dan Tai ini mendapat sambutan cukup mengalakkan apabila hampir 200,000 orang telah menontonnya dalam tempoh dua hari tayangan sahaja.


Atas sambutan yang cukup hebat ini, Ahmad Idham yang juga penerbit filem tersebut berkata, "Semua ini dapat dicapai atas kerjasama semua pelakon yang terbabit dalam membantu mempromosikan filem ini.


"Selain itu, sokongan dari pihak media, baik media cetak dan elektronik serta media baru dalam menyebarluaskan mengenai 'Hantu Bonceng'. Tak dilupakan sokongan peminat yang sudi menonton 'Hantu Bonceng'. Sokongan anda amat dihargai dan didahulukan ucapan jutaan terima kasih.


"Saya mengharap sokongan peminat Zizan dan pelakon lain serta mereka yang meminati hasil filem Excellent Pictures, agar beramai- ramai meneruskan sokongan dengan menonton 'Hantu Bonceng' bagi melakar satu sejarah baru perfileman tanahair," tambah Idham.


Atas sambutan cukup mengalakkan, penonton dinasihati membuat tempahan awal melalui telefon, juga dalam talian. Mula ditayangkan pada sambutan Aidilfitri 2011, 'Hantu Bonceng' akan ditayangkan selama dua minggu, berdasarkan tempoh wajib tayang.





@gua.com.my

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...