Thursday, September 1, 2011

Felda United congak tiket saingan suku akhir



SKUAD Felda United dibarisi pemain berpengalaman yang dianggap senjata utama mereka mencipta kejutan pada kempen Piala Malaysia musim ini.


TATKALA Kelantan diletakkan sebagai pasukan pilihan bagi mengungguli Kumpulan C kempen Piala Malaysia musim ini, Felda United pula sudah berkira-kira mengintai peluang untuk muncul naib juara.
Selain Kelantan yang tampil selaku penyandang juara Piala Malaysia dan Felda United, Kumpulan C turut menampilkan Johor FC serta Sarawak.
Dengan Kelantan dilihat mampu menepati ramalan awal melepasi peringkat kumpulan, satu lagi slot ke saingan suku akhir menjadi rebutan antara Felda United, Johor FC dan Sarawak.
Bagi jurulatih Felda United, E. Elavarasan, beliau tetap menganggap ketiga-tiga pasukan selain Kelantan mampu menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.
“Ketiga-tiga pasukan (Felda United), Johor FC dan Sarawak mempunyai peluang yang seimbang dalam merebut tempat selaku naib juara Kumpulan C.
“Kelantan yang dilihat sebagai pasukan pilihan dijangka mudah mara, manakala slot naib juara masih dilihat cukup terbuka.
“Sudah menjadi impian setiap pasukan untuk mara ke peringkat suku akhir dan begitu juga kami.
“Jadi saya tidak mahu para pemain saya bersikap terlalu yakin atau ghairah kerana saya bimbang ia akan memakan diri,” ujar Elavarasan kepada Kosmo! baru-baru ini.
Justeru, Elavarasan berharap anak-anak buahnya dapat menampilkan rentak terbaik dan menunjukkan prestasi cemerlang sebaik kempen Piala Malaysia bermula nanti.
“Saya juga berharap kami dapat mencipta kejutan ketika berdepan dengan Kelantan dan Johor FC, sekali gus mencerahkan peluang kami untuk ke peringkat seterusnya.
“Jika kami berjaya mencuri mata ketika menentang Kelantan khususnya, saya yakin peluang kami untuk mara ke peringkat suku akhir agak cerah.
“Namun, kami juga tidak boleh keciciran mata ketika menentang Johor FC dan juga Sarawak, lebih-lebih lagi apabila beraksi di gelanggang sendiri,” kata bekas jurulatih Melaka dan Public Bank Selangor itu.
Bagi menghadapi kempen Piala Malaysia kali ini, Felda United telah mendapatkan khidmat tiga pemain pinjaman - K. Ravindran, S. Sivanesan (Harimau Muda A) dan kapten skuad Harimau Muda B, D. Saarvindran.
Khidmat ketiga-tiga pemain tengah itu amat ditagih selepas pengumuman persaraan tonggak berpengalaman, Chow Chee Weng dan kecederaan ligamen yang menimpa Badrul Azam Zamri.
Felda United menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya sebagai gelanggang sendiri kerana Stadium Bola Sepak Cheras, Kuala Lumpur menghadapi masalah rumput padang rosak.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...