Sunday, August 28, 2011

Nabil tunggu naik taraf




Nabil

SEPERTI bersinarnya laman menantikan anak bulan Syawal, riang hati Nabil jelas terpancar di wajah. Apatah lagi, sejak secara rasminya dia bergelar selebriti, jejaka dari Mambau, Negeri Sembilan itu jarang menonjolkan resah biarpun berdepan pelbagai kontroversi. Cuma kali ini, bezanya Nabil, jiwanya yang sentiasa ceria itu tersalut lagi segala perisa kemanisan.
Dia sedang bahagia, menghitung waktu dan mencatur hari muka. Di hadapannya, bukan sahaja jalan karier yang tidak pernah terhalang oleh gangguan, tetapi bulat hati lelakinya sudah memutuskan dan umum juga sudah tahu, Nabil akan bernikah pada 30 September ini.
Dalam tempoh percintaannya dengan bekas pramugari AirAsia, Nazira Ayub, 23, itu masih diintai banyak mata, Nabil pula segera mahu menamatkan status bujang yang sudah dikeleknya sejak 28 tahun lalu. Terasa cepat benar keputusan itu diambil.
"Macam yang pernah saya kata, saya tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sejak mengenali Nazira, perasaan saya lain macam, bukan saya seorang sahaja, bahkan rakan-rakan di sekeliling juga perasan kelainan pada saya.
"Saya fikir, kalau saya tak buat keputusan ini sekarang, saya tak tahu apa lagi yang terjadi kepada saya. Saya takut saya akan hanyut dengan dugaan-dugaan yang akan datang.
"Walaupun saya masih akan ada perangai gila-gila, masih Nabil yang orang kenal, tapi bila sudah ada tanggungjawab nanti, saya boleh kawal diri. Minta-minta saya dimurahkan rezeki, mana tahu dalam masa terdekat lepas kahwin nanti saya akan dapat anak pula, maka lengkaplah hidup saya sebagai lelaki berkeluarga yang bertanggungjawab," berbutir kematangan dalam nada bicara Nabil.

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...