Sunday, May 6, 2018

Pesilat Remaja Maut Dalam Pertunjukan ‘Kebal’



SATU rakaman video yang memaparkan seorang pesilat remaja maut akibat digelek lori pikap ketika membuat persembahan dalam satu majlis telah tular di Indonesia, semalam.

Kejadian itu sempat dirakam seorang pengunjung dan rakaman berdurasi 2 minit 50 saat itu kini tular di media sosial Indonesia dan kini di Malaysia.

Berdasarkan laporan portal berita negara itu, Tribunnews, mangsa dari sekolah pondok Al Kholil di Berau, Kalimantan, membuat pertunjukan itu bersama lima rakan mereka pada majlis di sekolah berkenaan yang turut dihadiri datuk bandarnya.
Dalam pertunjukan itu, enam pesilat terbabit berbaring sebelum lori pikap menggilis mereka.
Sebaik pertunjukan selesai, empat pesilat segera bangun tetapi dua lagi dikenali sebagai Rangga dan Jodi didapati tidak sedarkan diri.
Dua pesilat itu dikejarkan ke hospital tetapi Rangga disahkan meninggal dunia ketika dirawat manakala Jodi pula dilaporkan cedera parah.
Sementara itu, polis Berau sedang menyiasat kes itu dan sudah mengambil keterangan enam individu termasuk jurulatih silat serta pihak pengurusan sekolah pondok berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...