Semalam, video Fathia Latiff mendirikan solat di dalam kereta mendapat perhatian di media sosial. Video tersebut mula dikongsikan menerusi akaun Instagram seorang pemilik salon terkenal, Ridzokumura yang memuji sifat Fathia tidak meninggalkan solat.

Difahamkan, ketika itu waktu solat hampir tamat dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen PrimaValet di Hotel Majestic .
Tindakan Fathia itu mencetuskan perdebatan di kalangan netizen dan ada juga yang mengecam Fathia. Mereka mempertikaikan bagaimana Fathia menentukan arah kiblat di dalam kereta yang sedang bergerak selain mengenakan solekan tebal.
Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam.

@beautifulnara.com
No comments:
Post a Comment