Akhirnya, ada juga selebriti yang berani bersuara menegur rakan-rakan selebritinya lain. Kagum Abang Nara dengan keberanian Nabil Ahmad ini. Teguran sebegini memang diperlukan, lebih-lebih lagi selepas kontroversi yang melanda beberapa orang artis baru-baru ini ketika penganjuran Festival Filem Malaysia ke 29. Selagi tak ada orang tegur, selagi itulah artis Malaysia akan berada di takuk lama. Respek kepada Nabil kerana sanggup tampil ke hadapan memberi teguran.
Menurut Nabil Ahmad, ada segelintir artis Malaysia yang sukar memberi sokongan terhadap rakan lain ketika hadir ke sebuah acara hiburan. Malah kebanyakan artis cepat terasa. Sikap artis Malaysia yang malas memberi tepukan dan sorakan kepada rakan yang berada di pentas juga turut ditegur oleh Nabil. Kata Nabil:-

Saya dah kendali banyak majlis tapi lebih suka mengacara di majlis sekolah, universiti, kilang atau korporat berbanding sesuatu melibatkan artis. Sebabnya kebanyakkan artis cepat terasa. Ada segelintir yang ingat mereka bagus bila duduk di bawah itu. Mereka tidak memberi sokongan penuh kepada rakan yang berada di hadapan. Artis-artis Malaysia ini malas nak tepuk tangan dan sorak pun tak nak. Kenapa nak mengangkat diri lebih daripada orang lain. Sebab itulah saya tidak menganggap diri sebagai selebriti tetapi bekerja untuk industri

Saya dah biasa kena kecam. Saya tak ada masalah. Apa yang saya cakap ini adalah benda yang betul. Sudah banyak kali jadi pengacara untuk majlis pelancaran, bila ada artis lain tengoklah macam mana sikap mereka

No comments:
Post a Comment