Friday, July 28, 2017

7 perompak gagal joli RM3 juta

TUJUH suspek yang merompak kedai emas itu ditangkap di sebuah rumah di Kampung Ampar Tenang, Dengkil semalam.


KAJANG – Sekumpulan tujuh penyamun yang melarikan barang kemas dipercayai bernilai kira-kira RM3 juta akhirnya ditangkap polis selepas tiga jam melakukan rompakan di sebuah kedai emas di pasar raya AEON BIG, Bandar Tun Hussein Onn di sini semalam.

Tujuh suspek lelaki itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan JSJ Selangor di sebuah rumah di Kampung Ampar Tenang, Dengkil, Sepang kira-kira pukul 2 petang.
Kesemua mereka disyaki terlibat dalam kes rompakan kedai emas itu pada pukul 10.30 pagi dan melarikan barang kemas dianggarkan bernilai RM3 juta.
Jarak antara rumah tersebut dengan tempat rompakan dianggarkan kira-kira 40 kilometer.
Menurut Ketua JSJ Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, kumpulan penjenayah terbabit berjaya dikesan hasil maklumat orang awam.
“Hasil maklumat yang diterima, kita telah dapat mengesan kumpulan penjenayah ini sehingga ke sebuah rumah di Dengkil.
“Kita telah menahan tujuh lelaki dan turut menjumpai sejumlah besar barang kemas termasuk peralatan yang digunakan untuk melakukan rompakan seperti penukul besi dan senjata api,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Ampar Tenang, Dengkil semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0728&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4o7n8krHP 
Hakcipta terpelihara 

 

No comments:


Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...