Tuesday, January 7, 2014

Shila Amzah Akan Cari Dalang Penyebar Berita Palsu Perkahwinannya

Dunia Internet memang macam-macam ragam. Kalau dulu hendak mengikuti perkembangan artis kena beli majalah Mangga, Media Hiburan dan URTV, sekarang ini dengan kewujudan Instagram dan Twitter, kesemuanya berada di hujung jari. Agak menyedihkan perkara yang terjadi kepada Shila Amzah ini. Gambar berbaju pengantin yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya digunakan untuk membuat berita palsu kononnya dia sudah berkahwin.
shila amzah dah kahwin
Berita palsu ini disebarkan menerusi Facebook Page Shila Amzah yang palsu. Daripada “screenshot” di atas, lebih kurang 230,000 ribu LIKE telah diterima untuk laman ini. Satu angka yang cukup besar. Menggunakan gambar Shila berbaju pengantin, pengendali laman ini menulis caption “Married! Hahaha” yang telah menimbulkan persoalan di kalangan peminatnya.
shila amzah dah kahwin
Untuk makluman anda, Shila Amzah memakai baju pengantin bersempena persembahan tahun baru 2014 yang menggunakan tema perkahwinan. Gambar-gambar dirinya memakai pakaian tersebut telah pun dikongsikan di akaun Instagramnya. Bengang dengan tindakan si pemilik laman Facebook palsu ini, Shila Amzah bertekad untuk mencari pemiliknya sehingga jumpa.
This is wayyyyyyy tooo much!i am not married!!! And Sha tak create controversy apa pun…Fake acc kat fb ni sgt melampau!!!!!!!!!!!!!!!!boleh stop tak?dah la ramai yang like page penipu ni…sha akan cari owner account ni sampai dapat.. PLS SEBARKAN.
Buat peminat Shila Amzah, pastikan anda mengikuti akaun Instagram dan Twitter Shila Amzah yang betul. Rasaya sietakat ini Shila Amzah tiada akaun Facebook yang rasmi. Jangan terikut yang palsu pulak. Takut informasi salah. Apa pun, Abang Nara kongsikan beberapa lagi gambar Shila Amzah dalam baju pengantin dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin
shila amzah dah kahwin
@beautifulnara.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...