Impian untuk melihat Nur Fazura mengacarakan program Nona nampaknya tidak akan kesampaian. Ini kerana Fazura telah pun menolak tawaran tersebut kerana terikat dengan komitmen lain. Abang Nara agak kecewa sebenarnya. Fazura memang sesuai dengan Nona kerana dirinya memang “vogue”, bergaya dan ekslusif. Sesuai dengan tema program Nona itu sendiri.
Kata Fazura kepada Berita Harian hari ini:-
Memang Faz ada terima tawaran daripada penerbit eksekutif Nona, Ezzah Aziz Fawzy, yang mahukan Faz jadi pengacara Nona. Terus-terang Faz sangat terharu apabila beliau sendiri datang ke butik Faz untuk bertanyakan hal itu.Bagaimanapun Faz terpaksa menolak tawaran berkenaan secara baik kerana kesuntukan waktu, selain terikat dengan pelbagai komitmen yang dipersetujui lebih awal. Insya Allah jika ada rezeki Faz pada masa akan datang, Faz akan terima.
Namun begitu diharap anda semua tidak salah faham. Tawaran yang diberikan kepada Fazura bukanlah untuk menantikan pengacara sedia ada iaitu Neelofa dan Fara Fauzana. Namun ia adalah tawaran sebagai pengacara jemputan. Terang penerbit eksekutif Nona iaitu Ezzah Aziz Fawzy:-
Memang kami ada menawarkan kepada Fazura untuk menjadi pengacara Nona, namun ia bukanlah untuk menggantikan sesiapa. Sebaliknya ia lebih sebagai pengacara jemputan.Manalah tahu jika ada pengacara tetap yang bercuti atau ada hal yang tak dapat dielakkan, sekurang-kurangnya adalah juga pengganti.Kontrak untuk 2 pengacara Nona sebleum ini sudah pun diperbaharui. Jadi mana mungkin ada bakal menggantikan sesiapa.
Jadi kepada peminat-peminat Neelofa, bolehlah anda menarik nafas lega. Mungkin satu hari nanti apabila Faz sudah ada kelapangan, kita boleh melihat gandingannya dengan Neelofa mengendalikan Nona. Mesti kebabom punya. Kedua-duanya pun memang ada daya tarikan tersendiri. Tak gitu? Beberapa lagi gambar terbaru Fazura dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
@beautifulnara.com