Monday, January 27, 2014

Buaya tembaga mati tersangkut pukat


ORANG ramai melihat bangkai buaya yang mati selepas terperangkap di pukat seorang nelayan di Pangkalan Kampung Beris Tok Ku, Setiu, Terengganu semalam.


SETIU – Seorang nelayan dari Kampung Beris Tok Ku terkejut apabila pukat yang dipasang di Sungai Bari dekat sini tersangkut seekor buaya betina spesies tembaga berukuran kira-kira 4.8 meter dengan berat kira-kira 500 kilogram di sini kelmarin.
Reptilia berusia kira-kira lebih 30 tahun itu dikatakan kekenyangan selepas makan seekor babi sebelum tersangkut di pukat yang dipasang oleh nelayan berkenaan.
Seorang penduduk, Hussin Mamat, 57, memberitahu, kejadian itu disedari oleh nelayan terbabit yang juga rakannya semasa dia pergi ke Sungai Bari untuk melihat pukatnya pada kira-kira pukul 9 pagi.
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz2ra3PgJc5 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...