Saturday, January 11, 2014

Anne Hathaway hampir lemas di Hawaii


HATHAWAY kelihatan hampir lemas di tepi Pantai Oahu, Hawaii pada Rabu lalu.


HONOLULU - Aktres terkenal, Anne Hathaway hampir lemas selepas ditarik arus kuat ketika dia sedang berenang di Pantai Oahu di sini pada Rabu lalu.
Bagaimanapun, Hathaway yang sedang bercuti di Hawaii bersama suaminya, Adam Shulman berjaya diselamatkan oleh seorang peluncur yang kebetulan mendengar suara wanita itu.
Hathaway, 31, hampir lemas selepas terperangkap dengan arus kuat tetapi peluncur tersebut bergegas berenang mendapatkan aktres itu sebelum membawanya ke pantai.
Laman web TMZ.com melaporkan, Hathaway yang popular dengan filem Devil Wears Prada menyedari luka di kaki dalam kejadian itu tetapi keadaannya tidak serius.
Shulman dilihat mencuci luka di kaki isterinya sebelum membalut kecederaan itu dengan kain yang terdapat dalam kit pertolongan cemas.
Mereka kemudiannya dilihat tersenyum bersama dan berjalan-jalan di tepi pantai dengan gembira selepas insiden itu berlaku. - Agensi
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0111&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2q4xZyZjS 
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...