Thursday, November 14, 2013

Sharnaaz Ahmad Tidak Terdesak Mencari Pengganti Shila Amzah


Sharnaaz Ahmad
Pelakon Sharnaaz Ahmad tidak terdesak untuk mencari pengganti bekas kekasihnya penyanyi Shila Amzah bagi mengisi kekosongan dihatinya. Sharnaaz, 28, berkata, buat masa ini dia selesa tanpa kekasih kerana dengan itu dia dapat memberi tumpuan kepada kerjaya lakonannya yang semakin berkembang.
"Saya tidak terdesak untuk mencari pasangan buat masa ini kerana ia bukan keutamaan pada saya sekarang tambahan pula saya selesa dengan keadaan sekarang. "Buat masa ini biarlah saya memberi tumpuan kepada lakonan dan soal cinta biarlah dulu," katanya.
Dalam perkembangan sama, Sharnaaz berkata, dia tidak menafikan sebelum ini dia mengalami kesukaran untuk pulih kesan daripada perpisahan tersebut. Namun kata Sharnaaz, sepanjang tempoh itu juga dia sentiasa bermuhasabah diri tentang kejadian yang berlaku di antara mereka.
"Semasa awal perpisahan saya akui rasa sunyi dan kekosongan itu ada sehingga saya tidak keluar rumah untuk berjumpa orang kecuali yang terdekat dengan saya sahaja. "Tetapi apabila difikirkan kembali jodoh saya dengan Shila tidak panjang dan kini saya tidak langsung menyimpan sebarang dendam," jelasnya.
Tambah Sharnaaz, dia juga bersyukur rezekinya dalam bidang lakonan mencurah-curah walaupun terpalit dengan pelbagai kontroversi.
@limauais.com

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...