Wednesday, November 13, 2013

Morsi bertemu pasukan peguam


GAMBAR fail menunjukkan Morsi (kanan) berada di dalam lokap sebuah mahkamah di Kaherah pada 4 November lalu.


KAHERAH - Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengadakan pertemuan buat kali pertama dengan pasukan peguam di dalam sebuah penjara.
Pendedahan tersebut dibuat oleh anak Morsi, Osama yang juga menyatakan, bapanya itu membincangkan taktik yang akan digunakan dalam perbicaraannya.
Dia sebelum ini didakwa melakukan hasutan supaya penduduk melakukan pembunuhan.
Morsi bertemu dengan peguam-peguam berkenaan selepas dia dipindahkan ke sebuah penjara rahsia di bandar Alexandria.
Bekas Presiden Mesir itu dipindahkan ke penjara tersebut setelah perbicaraan pertamanya berlangsung pada 4 November lalu.
Osama yang juga seorang peguam memberitahu agensi berita The Associa- ted Press bahawa pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan cara untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang telah melaku- kan pendakwaan terhadapnya.
Morsi sebelum ini mendakwa perbicaraannya itu tidak sah dan memberitahu mahkamah bahawa dia masih merupakan pemimpin Mesir.
Dia digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu.
- Agensi
Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz2kWW8LiPw
Hakcipta terpelihara 

Satu lagi kes di Johor Baru, empat sah koronavirus di Malaysia

Satu keluarga memakai penutup muka ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 24 Januari 2020. ― Foto Bernama K...