Jika anda seorang peminat K-Pop, pasti anda mengetahui perkembangan terbaru bintang terkenal, Ailee yang kini sedang dilanda kontroversi.
Sejak beberapa hari lepas, nama Ailee menjadi perbualan hangat di kalangan peminat seluruh negara apabila beberapa keping gambar bogelnya tersebar di internet.
Agensi yang menguruskan kerjaya Ailee, YMC Entertainment telah memberikan maklum balas berhubung kejadian itu dan menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang untuk membela Ailee.
Gambar itu diambil sewaktu Ailee menghadiri ujibakat mencari model untuk sebuah syarikat pakaian dalam yang terkenal di Amerika Syarikat. Ailee diberitahu mereka perlu mengambil gambarnya berbogel untuk penilaian tubuh badan sebelum diambil menjadi model.
Penyanyi Korea kelahiran Amerika ini bagaimanapun tidak berjaya menjadi model pakaian dalam tersebut dan mendapat tahu bahawa ujibakat yang dihadirinya itu adalah palsu untuk memerangkap gadis remaja.
Namun di sebalik isu ini, timbul kisah baru yang mengatakan bekas kekasih Ailee menjadi dalang menyebarkan gambar-gambar tersebut.
Sebuah portal berita di Korea, Dispatch melaporkan mereka menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang mengaku sebagai bekas teman lelaki Ailee dan mahu menjual gambar bogel penyanyi tersebut.
Dispatch bagaimanapun menolak tawaran itu dengan menyatakan perbuatan tersebut melanggari undang-undang sebelum portal AllKpop menyiarkan gambar-gambar tersebut untuk tatapan pembacanya.
Berikut adalah perbualan yang sempat dirakam oleh Dispatch sewaktu ‘bekas teman lelaki’ Ailee cuba menjual gambar kontroversi berkenaan.
Buat masa ini, YMC telah melantik seorang peguam di Amerika Syarikat untuk membantu siasatan dalam membersihkan semula nama Ailee.
Dalam waktu yang sama, Ailee juga dikatakan akan tetap meneruskan aktiviti kerjayanya dalam mempromosikan single Heaven di Jepun sepanjang bulan November ini.
Sumber: Soompi